Friday, July 16, 2010

Keputusan Mesyuarat Agung Pertama PMC

Salam semua warga PMC,

Bersyukur ke hadrat Allah SWT dgn limpah kurnia dan hidayahnya maka selesai sudahlah Mesyuarat Agung Pertama Pearlmotoclub dengan pemilihan AJK baru dan lama yang bergabung untuk memantapkan lagi perjalanan kelab kuda PMC agar terus berdaya saing dan maju di masa2 hadapan.

Walaupun lokasi mesyuarat yang tidak exclusive tetapi perjalanan mesyuarat tetap berjalan dengan baik dalam suasana hangat tapi mesra dgn berita semasa mengenai isu pengalihan segala saham Titan kepada syarikat Honam Petrochemical (Korea) dan sesi bermuzakarah atau brain storming untuk memperbaiki segala kelemahan demi matlamat untuk menjadikan kelab PMC terus kukuh dan disegani.

Jutaan terima kasih kepada 30 org ahli PMC yang telah memberikan komitmen mereka dan meluangkan masa bermesyuarat untuk memilih wakil2 mereka bagi memantapkan lagi segala program yang bakal di susun di masa hadapan.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah & syabas kepada AJK yang terpilih semoga dengan pemilihan ini kita akan terus menjalankan segala program dengan jayanya Insyallah..
Di sini juga saya dengan rasa rendah diri mewakili AJK PMC menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya ada kesilapan dari segi tutur bicara atau kelakuan yang boleh menyebabkan seluruh warga PMC dan rakan kami di luar sana tersinggung atau terasa hati kerana segala yang baik hanyalah dari Allah SWT dan yang buruk hanyalah dari diri kita sendiri.
Sekian Wassalam


AJK Pearlmotoclub Sesi 2011

PENAUNG
Tn Hj Md Rosidi Md Rani (O&A Oper)

LEADER
Mahpiz Mohamad (O&A Oper)

ASS LEADER
Nik Zawawi Nik Mat (O&D Oper)

SECRETARY
Mohd Hafiz Raslan (PP Oper)

TREASURER
Azhari Kamaruddin (O&D Oper)

EC (Event Coodinator & Representative)
Mohd Fahizal Zaini (O&A Maint )
Mohd Takiudin Ahmad (O&A Team B )
Mohd Johar Othman (Utility )
Mohd Nazri Wagib (O&A Team C )
Mohd Nizam Azhar (O&A Team A )
Mohd Aidil Azhar Burabil (TPP Team A )
Mohd Aizuddin (O&D Lab )
Mohd Rizal (Bujal) (Fire & Safety )
Norazmi Moktar (OCU BD Team A )


sambil menantikan ahli yang lain sampai borak pasal Titan beb!!!hangat!!! apapun caya bro kat hassan titan tetap di hati hahahah!!!
bro haron & bro azhari bersantai jer pasal titan dah kena jual hehehe!!!
thanks to ucop walaupun lambat tapi beri komitmen utk hadir
kehadiran ibu2 dari ahli PMC juga menceria lagi suasana mesyuarat pada malam itu
barisan AJK penaja pada sesi 2010 sblm pembubaran
bacaan doa sblm mesyuarat dimulakan..Alhamdullilah cuaca sgt baik pada mlm tu...
ucapan alu2an oleh pengerusi majlis
Ucapan keramat dari Bro Awie ex-leader pearlmotoclub
begitu khyusuk ahli PMC mendengar ucapan dari Bro Awie sterusnya acara pemilihan AJK sesi 2011
barisan AJK sesi 2011 yang telah terpilih mendengar taklimat dari leader baru serta berbincang hala tuju utk membawa PMC lebih maju dan berdaya saing
membincangkan program yang akan disusun dari bulan julai hingga tahun hadapan
thanks to bro nizam dalam sesi bermuzkarah dan tazkirah atau brain storming sebelum jamuan untuk memperbaiki segala kelemahan agar menjadi panduan kepada semua ahli utk terus bersabar dan kuat dalam menghadapi dugaan2 yg mendatang

Sunday, July 11, 2010

Mesyuarat Agung Pertama PMC

Salam Hormat,

Di sini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama Pearlmotoclub telah di anjak kehadapan memandangkan jadual yang agak ketat pada bulan Ogos & September pada tahun ni untuk memberi laluan bersempena bulan puasa & Hari Raya Puasa

Mesyuarat Agung Pertama
Pearlmotoclub

Tarikh : 16hb Julai 2010
Masa : 8.45mlm
Tempat : No 16 Jalan Harmoni 3 Taman Nusa Damai Pasir Gudang ( Rumah Bro Mahfiz)

Agenda

i) Perlantikan Ajk Penggal 2011
ii) Mengemas kini keahlian dan perbincangan program tahunan
iii) Lain-lain hal yang berbangkit

Diharap kepada semua ahli PMC dapat hadir untuk memberikan sokongan
dalam memperkuatkan lagi hala tuju kelab kita dan penyertaan ahli-ahli baru sangatlah dialu-alukan.

Yang Berkhidmat

Ajk Penaja

Friday, July 9, 2010

Family Day Team A PP Plant

Salam ukhwah pd suma ahli-ahli PMC. Rase segan dan malu nak ceritakan artikel ni, tapi setelah dipujuk oleh Founder kita, maka inilah ceritanya……

Baru-baru ni Team A PP plant telah menganjur Family Day pada 26 haribulan Jun yg lepas khas untuk staff-staff dr Team A ke Teluk Buih, Mersing. Program ini dianjurkan oleh Sdr Aidil yg mana dia salah seorg ahli baru PMC. Beberapa orang ahli PMC dari Team A juga turut serta dlm program ini iaitu Sdr Amin, Sdr Hafiz, Sdri Syazana dan Sdr Osman dgn membawa kuda masing-masing serta megah mempamerkan sticker PMC. Program ini bertujuan tuk beriadah sambil mengeratkan lagi hubungan antara rakan-rakan didalam Team A PP plant. Jumlah kehadiran amat menggalakkan kerana hampir 96% ahli-ahli Team A dpt mengikuti program ini termasuklah dari PP packaging.

Program ini ju ga secara tidak langsung bertujuan menghadiri majlis perkahwinan salah seorg ahli Team A, iaitu Sdr Nur Ashik Jaafar di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi. Program bermula dgn berhimpun di Petronas Cahaya Masai bg ahli-ahli yg tinggal sekitar Pasir Gudang dan bertolak ke Petronas Ulu Tiram dimana ahli-ahli yg diluar kawasan Pasir Gudang menunggu disana.
Setelah berkumpul dan diberi taklimat ringkas oleh Chef De Mission (S/S Team A – Sdr Yunos) maka rombongan bergerak menuju ke Sg Ara tuk menngalas perut yg mula nk berkeroncong tu. Rombongan tiba di Sg Ara sekitar jam 12.30 tghari waktu Malaysia. Maka sesi mengisi perut yg kosong pun bermula.

Dah kenyang dan tanpa sempat berjumpa dgn pengantin, rombongan terpaksa bertolak tuk kejar masa check-in iaitu 2 petang. Rombongan selamat tiba di Teluk Buih sekitar jam 2 ptg dan bermula sesi amik kunci bilik masing-masing tuk berehat seketika seblm acara sebnr bermula.
Acara tuk ptg itu dimulakan dgn telematch yg telah diatur oleh pihak resort. Macam-macam kerenah dan gelagat yg dapat memecahkan perut dapat kita lihat masa telematch itu berlangsung. Sesi telematch selesai hampir jam 7. Sesi seblh malam pula dimulakan dgn ujian dr Yg Maha Esa dimana hujan lebat mencurah-curah sehingga jam 9. So, sesi barbeque pun lewat dimulakan dan mengundang perut berlagu merdu. Bnyk juga aktiviti yg dijalankan iaitu sesi karaoke yg didominasi oleh Sdr Aidil dan Chef De Mission Team A. Sesi malam tamat dgn dendangan lagu dr Chef De Mission.

Pagi Ahad yg indah sesi suka hati dimulakan dgn menikmati sarapan yg enak dihidangkan oleh pihak resort dan disusuli aktiviti bebas, berkayak, mandi kolam dan lepak2 sebelum acara pemberian hadiah dimulakan. Tepat jam 12.30 tghari, rombongan mula bergerak pulang dan singgah makan tghari di pertengahan perjalanan ke Pasir Gudang.Diharap dgn artikel yang serba ringkas ni akan menambahkan semangat kami utk menjalankan program2 yang akan datang.

Wasalam

Nukilan dari - Hafiz PMC aka lancer biru
Sowi eh ahli2 PMC, baju merah tu kat PP Plant jer. Dah macam pekerja Sani Express
Gigit jgn x gigit ayam tu zana…….
Antara view menarik di Fishing Bay Resort, Teluk Buih, Mersing
kalau ada yang berhajat nak honey moon ...jgn tnggu lama2
Acara penalty kick pening kpala
Lari dlm guni mengundur aka gear gostan
Terompah gergasi…..nak kena trompah muka hahaha...
King kong walk alias babun...hehehehe
Lepak sambil tgk game S.Korea vs Uruguay……gol!!!!!!!!!
Merdunya suara dia bak buluh betong....hahahaa.....
Chef De Mission bersama org umah……"kalau dua2 merajuk...ana kawin tiga...hei!!!"
Sebelum berangkat pulang……sesi enterprame...

Thursday, July 1, 2010

Pengisytiharan MPPG (Majlis Perbandaran P.Gudang)

Salam Ukuah,

Asyik bercerita pasal konvoi berkuda dan majlis mengawan PMC je..sesekali kita tukar angin baru best sikit,kali ni aku nak story tentang jemputan dari pihak MPPG bagi menyambut acara Majlis Pengisytiharan MPPG.

Acara yang telah aku hadiri ini adalah atas tiket sebagai ahli Pelayang Negeri Johor dan Ahli (JKKP)Jawatan Kuasa Penduduk Zon Nusa Damai.Acara sambutan yang sungguh meriah selama 12 hari bermula dari 24hb Jun sehingga 4hb Julai dengan pengisian pelbagai aktiviti2 yang telah disusun oleh pihak MPPG yang pada dahulunya dikenali sebagai PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dari Bukit Layang2 sehinggalah ke Menara Aqabah Pasir Gudang.

Kemuncak sambutan adalah Majlis Pengisytiharan Logo MPPG yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor iaitu Y.B Dato Haji Ghani Othman serta acara yang paling dinanti2kan serta mengujakan iaitu pertunjukan bunga api.

Semoga dengan paparan kisah kali ini akan menjadi info dan serba sikit dapat mengubat kerinduan sahabat2 kita yang berada di perantauan terhadap tanahair kita yang tercinta.

Wasalam


Tarikh- 26-27hb Jun 2010
Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang

mungkin ada yang kenal siapa sebelah aku ni..hehe..Inilah En Tarkiz Ruslan Ex-Manager O&D Titan suatu ketika dahulu..beliau juga minat main layang2 dan mewakili Pelayang Kuala Lumpur

Yang ni lak...rezeki aku..secara kebetulan terserempak masa dok bersidai layan anak dia main layang2..kalau yang kenal inilah En Mazlan Masod (Mamat Bundel) Ex-Titan Job 3 tahun 94-97
acara loli pop drop yang paling dinantikan oleh kanak2..
bersama ahli Pelayang Negeri Johor..dok berehat dari kepanasan mentari
tengok tu..pelbagai layang2 dari serata dunia
acara Rokaku Fight Challange yang menghiburkan
ni pelayang Jepun dok melayan anak aku buat layan2 Jepun guna surat kabor
macam2 ada......
layang2 burung dari Indonesia
layang2 dari Kemboja
Layang2 Rokaku dari Jepun
yang ni layang2 dari Korea

ni ikan Nemo tapi kat langit bukan kat dalam air yang ni aku tak tahu dari mana...tergolek jer kat bawah

famili aku yang menemani aku semasa Festival...mau kopak duit aku dikerjakan...hahaha,apa taknya mcm2 gerai ada kat sana.

Tarikh-30hb Jun 2010
Majlis Kemuncak Pengisytiharan MPPG
entah masa bila anak aku snap gambor ni...aku kat dalam dok sibuk menyambut ketibaan Tan Sri Ali Hashim bos JCorp kat lobi Menara Aqabah
pas parking VIP yang membuatkan ramai yg menjeling kat PMC hehehe....
Bini aku pun ada kat sana dok bukak kaunter RHB Bank bagi yg berminat nak buat personal loan
Menara Aqabah yang telah siap sepenuhnya pada tahun ni tersergam menjadi mercu tanda P.Gudang
gambar ni aku snap dari khemah VIP-sunguh ramai manusia malam tu....apa taknya hiburan percuma
artis Jalil Hamid dan Ali Mamak pun ada utk menghiburkan pada malam tu..
barisan Ahli Jawatankuasa JKKP Zon Nusa Damai..sape yg paling comel..hehehe...
nyanyian lagu Negeri Johor & Negaraku dari koir MPPG utk acara pembukaan
Menteri Besar Johor bersama dif2 kehormat
kawasan parking depan kopi tiam Chamek Pusat Bandar penuh dgn lautan manusia
acara menandatangani plak MPPG oleh Menteri Besar sebagai rasmi penyerahan kuasa Kerajaan Negeri kepada MPPG
acara pertunjukan laser juga ada pada mlm tu..
ni lah part yang paling best...pertunjukan bunga api yang menelan belanja puluhan ribu
sunguh meriah dan exclusive,tembakan bunga api dari puncak menara MPPG
yang ni pulak tembakan bunga api dari bangunan bersebelahan