Monday, June 14, 2010

Konvoi ke Tiara Beach Resort & B.Rambai Melaka (part 2)

Salam..

Bersua kembali dalam (part 2) posting yang tergantung semalam setelah tenaga kembali pulih..al-maklumlah penat memandu masih terasa tetapi yg penting program bercuti sempena cuti persekolahan kami juga dapat menunaikan hajat salah seorang ahli PMC iaitu Bro Mokhtar yang telah melangsungkan majlis pesandingan beliau di Bukit Rambai Melaka.

Majlis yang meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan membuatkan pengantin tersenyum puas lebih2 lagi dengan kehadiran ahli2 PMC & rakan sekerja.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program PMC dan juga kepada rakan2 yang telah bersama2 meraikan majlis mengawan sahabat kita..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian..PMC juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat kepada Bro Mokhtar & pasangannya Suraya..Insyaallah...Amin..


13hb Jun 2010
setelah selesai check-out dari Tiara Beach Resort konvoi di teruskan ke Bukit Rambai Melaka
Bro Taki menunggu peserta2 memparkingkan kuda masing
pengantin diarak dan disambut bak raja sehari
persembahan silat gayung oleh kanak2 menghiburkan tetamu
berselera sungguh bro izat,bro zaire menjamu hidangan pada majlis tersebut..
tengok tu bro fahizal..kalau dah lapor..mana nak perasan org snap gambar dia
bersungguh2 bro johar,bro awie,bro rashdan & bro nazri menghabiskan hidangan
founder berlagak mcm bapak pengantin hehehe...
bro halim dari TPE juga tidak ketinggalan
bro azhari aka gemuk berkira2 utk menyambung round-2 sambil tak dilayan oleh bro taki & bro azwan
geng2 budak nottey yg gelenyar(gatal)hahaa.... bro jas,bro kodil,bro azizul,bro fer& bro john
tengok tuuu...ramai kan budak2 Titan...
duduk bersandingggg...pengantinnnn...baruuuu...
inilah saat yang ditunggu2 oleh kami iaitu bergambor kenangan bersama peserta mengawan yang akan mengawan hahaha....

Sunday, June 13, 2010

Konvoi keTiara Beach Resort & B.Rambai Melaka (part 1)

Salam Ukuah,

Tentu ramai yang dok tunggu aku update blog ni sekembalinya kami dari konvoi ke P.Dickson
Allhamdullilah, konvoi PMC sempena cuti persekolahan ke Tiara Beach Resort Port Dickson telah sampai ke kemuncaknya, seramai 9 buah keluarga ( Bro Mahfiz,Bro Taki,Bro Awie,Bro Johar,Bro Rashdan,Bro Nazri,Bro Azwan,Adik Bro Johar & Abg Ipar Bro Taki) & 2 pasangan bercinta hehehe (Bro Azizi & Bro Fahizal dan awek2 mereka) bersama 11 ekor kuda telah selamat mengikuti program kali ini.

Walaupun jumlah penyertaannya kali ini tidak terlalu ramai mungkin di sebabkan dipertengahan bulan dan juga penarikan diri peserta di saat2 akhir tetapi yang penting adalah aktiviti PMC yang selalu berterusan dari masa ke semasa.Syabas kepada peserta2 yang berkerjasama dan juga komited mengikut jadual yang telah disusun oleh pihak organizer..Jutaan terima kasih juga di ucapkan atas sokongan anda semua,

Aku juga mewakili pihak organizer PMC memohon jutaan maaf sekiranya ada kesilapan dan kecacatan dalam program kali ini,Insyaalah sekiranya dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki kita akan buat lagi.


12hb Jun 2010
mula berkumpul di Meetpoint Petronas Tol Sekudai
sesi bergambar para peserta
bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
perjalanan ke check point Pagoh utk berehat
founders family
Bro Azwan & Bro Nazri family
Bro Azizi dan aweksnya
Bro Taki & family
Bro Johar & family
Bro Rashdan tunggu wife dia gi tandas pun tersengeh...hehehe...
Berhenti di Tol Port Dickson sblm ke Tiara Beach Resort
selamat sampai dan menunggu utk check in
perghhh...punyalah ramai manusia...terpaksa menunggu selama sejam sblm check-in
sesi bergambar setelah penyerahan kunci bilik
ni bilik aku...punya lah luas dan bersepah hahahaa...
ni anak dara aku....ada beraaaa.......ni...nak kena kilas hehehe
dah dapat bilik apa lagi....bedebussss...terjunnnnn..
apa yang tersengeh tu bro rashdan....confuse aku
bro nazri gembira ngalahkan anak dia
bro azwan mcm hero hindustan tuuuuu...
entah apa yang di bisikkan oleh bro johar...nak pujuk bukak cawangan ker..
leader kita bro awie tiba agak lewat dari kelantan...tapi respek aku dgn komitmennya..
budak dah gemuk ngan aweknya
tiba masa utk makan malam di Pantai Teluk Kemang
perghhhh...marshall bertugas siang malam tu....
sambil menunggu hidangan berborak2 mesra..
bro awie tersengeh juga spt bro rashdan mcm ada agenda tersembunyi je...hehehe
bro azizi & bro fahizal bermesra tapi tak leh lebih2..coz selalu di pantau oleh founder hahahaha...
"lepas kita mkn tomyam,kita makan satay ehh,pastu kita pekena burger..awakkan pembawa budak" agaknya itu skrip bro azwan kpd bininya yg dah berbadan dua
lpas makan ronda2 di bazar berdekatan
happy semacam jer si bro johar ni..pelik aku
" amik gambor aku sekeluarga bro...nak upload dlm facebook ni.."
bro nazri family berposing sempoi....
" makan pun dah kenyang...jalan pun dah penat ni bro...jom balik bilik tidorrrrrr..."ujar bro rashdan kpd founder dgn kenyit mata sebelah dan tersengeh lagi hahaha...
(bersambung laaaa...mata aku dah ngantuk & badan pun dah letih ni...)

Thursday, June 10, 2010

Program konvoi ke Tiara Beach Resort & Melaka

Salam,

Bagi memenuhi permintaan ahli2 PMC utk percutian persekolahan kali ini,maka lokasi pun telah dipilih dan Tiara Beach Resort adalah lokasi yang terbaik seiring dengan lokasi jemputan salah seorang ahli PMC yang akan melangsungkan majlis mengawan beliau di Bukit Rambai Melaka.

Maka di sini dimaklumkan agenda yang telah di susun bagi melancarkan dan memudahkan peserta2 yang akan mengikuti program kali ini.

AGENDA

12hb Jun

9.00pg - Berkumpul & taklimat di Burger King Higway Tol Sekudai
9.30pg - Konvoi mula bergerak ke P.Dickson
11.00pg - Berhenti rehat & minum R&R Pagoh
11.30pg - Konvoi diteruskan ke P.Dickson
1.30tgh - Konvoi sampai di Tiara Beach Resort
2.00ptg - Check in & acara bebas
8.00mlm - Berkumpul di lobi utk makan malam di Pantai Teluk Kemang
10.00mlm - Acara bebas

13hb Jun

8.00pg - Berkumpul dan breakfast
9.00pg - Acara bebas
11.30pg - Check out dari Tiara Beach Resort
12.00tgh - Konvoi ke Tol Simpang Empat Pagoh
1.00tgh - Bertemu dengan ahli2 PMC yang lain utk ke Bukit Rambai Melaka
1.30tgh - Konvoi diteruskan ke Bukit Rambai Melaka
2.30ptg - Konvoi sampai di rumah pengantin Bro Mokhtar
3.30ptg - Konvoi ke Bandar Hilir utk bersiar2
5.00ptg - Bergerak balik ke J.Bahru
9.00mlm - Konvoi sampai ke destinasi

* Pakaian rasmi pada 12hb-Baju PMC warna putih
Pakaian pada 13hb-Pakaian bebas & sopan utk ke Majlis mengawan

Disini juga Founder mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua ahli2 PMC dimana jua mereka berada dan lakukan dan berdoa agar perjalanan program kali ini berjaya dan selamat..

Wassalam

Friday, June 4, 2010

Selamat Berangkat..

Salam semua,

Teringat pepatah dahulu ada mengatakan.."Ikan di laut asam di darat,dalam belanga bersatu jua"begitulah yang terjadi pada salah sorang ahli PMC kita iaitu Bro Azli yang telah berangkat ke Serawak pagi tadi untuk melunaskan janji yang telah dimenterai oleh kedua2 belah pihak.

Majlis perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada 6hb Jun di Serawak ditemani oleh kaum keluarga terdekat dan diiringi oleh 6 ekor kuda serta rakan2 PMC yang berkelapangan ke Senai Airport.Terima kasih kepada Bro Awie,Bro Lani,Bro Mahat,Bro Rasdhan,Bro Zamri,Bro Enal,Bro Harun & Bro Jamal yang meluangkan masa pada program PMC kali ini.

Di sempena musim mengawan ini kami ahli2 PMC mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT"kepada ahli2nya dan bukan ahli yang akan melangsungkan majlis mengawan mereka.

Wasalam
sempat melekatkan sticker PMC di kuda salah seorang ahli baru sebelum memulakan perjalanan bersanggah di rumah Bro Jamal menantikan persiapan terakhir bakal pengantin
ada ke bakal pengantin pakai tanjak tuala good morning hahahaha....sukahatilah mu sekorrrr
kuda PMC yang bersiap sedia untuk membawa bakal pengantin ke Senai Airport
pang..kompang..pang..kompang...konvoi pengantin ke Airport
sesi bergambor sebelum naik flight
bakal pengantin menunjukkan flight tiket pergi balik seramai 5 org mcm baru terima hadiah tiket lotri je, Selamat Pengantin Baru mu sekorr broo,dgn ucapan muka jgn ketat lagi..hahahaha

Wednesday, June 2, 2010

SYABAS PMC !!!..Masuk majalah lagi...

Salam Hormat,

Bertemu kembali dalam posting kali ini....

SYABAS PMC !!!!....Akhirnya penantian selama 4 bulan terjawab dengan tersiarnya berita kelab kuda kita dalam majalah Gila Kereta edesi kelab kereta untuk bulan Jun...Dengan ini maka terjawablah segala pertanyaan setiap ahli2 yang dok jumpa saya "Bila gambor nak kuar majalah broooo" hehehe...Haaaa...apalagi beli satu wat kenangan..harga pun tak mahal,baru RM 6.50 jer.

Jadi sebagai kawan saya nasihatkanlah kepada ahli2 PMC ,bila ramai yang dah mengenali kelab kita janganlah kita tinggi diri atau puas hati dengan apa yang telah kita capai..tingkatkan usaha dan terus memperkuatkan kelab kita dgn penambahan ahli2 serta penyertaan setiap aktiviti2 yang dirancangkan.

Di sini juga saya sbg wakil kelab kuda PMC mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga salah seorang bekas perkerja Titan iaitu Tn Hj Syafiee atas pemergian allahyarham menyahut panggilan Allah semoga roh beliau di limpahkan syafa'at Insyallah...Al Fatihah...

Sekian
hmmm....kalau nak baca isinya kena beli sebijik hehehe....
inilah gambar2 yang telah terpilih oleh editor untuk dipaparkan...