Friday, June 4, 2010

Selamat Berangkat..

Salam semua,

Teringat pepatah dahulu ada mengatakan.."Ikan di laut asam di darat,dalam belanga bersatu jua"begitulah yang terjadi pada salah sorang ahli PMC kita iaitu Bro Azli yang telah berangkat ke Serawak pagi tadi untuk melunaskan janji yang telah dimenterai oleh kedua2 belah pihak.

Majlis perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada 6hb Jun di Serawak ditemani oleh kaum keluarga terdekat dan diiringi oleh 6 ekor kuda serta rakan2 PMC yang berkelapangan ke Senai Airport.Terima kasih kepada Bro Awie,Bro Lani,Bro Mahat,Bro Rasdhan,Bro Zamri,Bro Enal,Bro Harun & Bro Jamal yang meluangkan masa pada program PMC kali ini.

Di sempena musim mengawan ini kami ahli2 PMC mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT"kepada ahli2nya dan bukan ahli yang akan melangsungkan majlis mengawan mereka.

Wasalam
sempat melekatkan sticker PMC di kuda salah seorang ahli baru sebelum memulakan perjalanan bersanggah di rumah Bro Jamal menantikan persiapan terakhir bakal pengantin
ada ke bakal pengantin pakai tanjak tuala good morning hahahaha....sukahatilah mu sekorrrr
kuda PMC yang bersiap sedia untuk membawa bakal pengantin ke Senai Airport
pang..kompang..pang..kompang...konvoi pengantin ke Airport
sesi bergambor sebelum naik flight
bakal pengantin menunjukkan flight tiket pergi balik seramai 5 org mcm baru terima hadiah tiket lotri je, Selamat Pengantin Baru mu sekorr broo,dgn ucapan muka jgn ketat lagi..hahahaha

No comments:

Post a Comment