Sunday, June 13, 2010

Konvoi keTiara Beach Resort & B.Rambai Melaka (part 1)

Salam Ukuah,

Tentu ramai yang dok tunggu aku update blog ni sekembalinya kami dari konvoi ke P.Dickson
Allhamdullilah, konvoi PMC sempena cuti persekolahan ke Tiara Beach Resort Port Dickson telah sampai ke kemuncaknya, seramai 9 buah keluarga ( Bro Mahfiz,Bro Taki,Bro Awie,Bro Johar,Bro Rashdan,Bro Nazri,Bro Azwan,Adik Bro Johar & Abg Ipar Bro Taki) & 2 pasangan bercinta hehehe (Bro Azizi & Bro Fahizal dan awek2 mereka) bersama 11 ekor kuda telah selamat mengikuti program kali ini.

Walaupun jumlah penyertaannya kali ini tidak terlalu ramai mungkin di sebabkan dipertengahan bulan dan juga penarikan diri peserta di saat2 akhir tetapi yang penting adalah aktiviti PMC yang selalu berterusan dari masa ke semasa.Syabas kepada peserta2 yang berkerjasama dan juga komited mengikut jadual yang telah disusun oleh pihak organizer..Jutaan terima kasih juga di ucapkan atas sokongan anda semua,

Aku juga mewakili pihak organizer PMC memohon jutaan maaf sekiranya ada kesilapan dan kecacatan dalam program kali ini,Insyaalah sekiranya dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki kita akan buat lagi.


12hb Jun 2010
mula berkumpul di Meetpoint Petronas Tol Sekudai
sesi bergambar para peserta
bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
perjalanan ke check point Pagoh utk berehat
founders family
Bro Azwan & Bro Nazri family
Bro Azizi dan aweksnya
Bro Taki & family
Bro Johar & family
Bro Rashdan tunggu wife dia gi tandas pun tersengeh...hehehe...
Berhenti di Tol Port Dickson sblm ke Tiara Beach Resort
selamat sampai dan menunggu utk check in
perghhh...punyalah ramai manusia...terpaksa menunggu selama sejam sblm check-in
sesi bergambar setelah penyerahan kunci bilik
ni bilik aku...punya lah luas dan bersepah hahahaa...
ni anak dara aku....ada beraaaa.......ni...nak kena kilas hehehe
dah dapat bilik apa lagi....bedebussss...terjunnnnn..
apa yang tersengeh tu bro rashdan....confuse aku
bro nazri gembira ngalahkan anak dia
bro azwan mcm hero hindustan tuuuuu...
entah apa yang di bisikkan oleh bro johar...nak pujuk bukak cawangan ker..
leader kita bro awie tiba agak lewat dari kelantan...tapi respek aku dgn komitmennya..
budak dah gemuk ngan aweknya
tiba masa utk makan malam di Pantai Teluk Kemang
perghhhh...marshall bertugas siang malam tu....
sambil menunggu hidangan berborak2 mesra..
bro awie tersengeh juga spt bro rashdan mcm ada agenda tersembunyi je...hehehe
bro azizi & bro fahizal bermesra tapi tak leh lebih2..coz selalu di pantau oleh founder hahahaha...
"lepas kita mkn tomyam,kita makan satay ehh,pastu kita pekena burger..awakkan pembawa budak" agaknya itu skrip bro azwan kpd bininya yg dah berbadan dua
lpas makan ronda2 di bazar berdekatan
happy semacam jer si bro johar ni..pelik aku
" amik gambor aku sekeluarga bro...nak upload dlm facebook ni.."
bro nazri family berposing sempoi....
" makan pun dah kenyang...jalan pun dah penat ni bro...jom balik bilik tidorrrrrr..."ujar bro rashdan kpd founder dgn kenyit mata sebelah dan tersengeh lagi hahaha...
(bersambung laaaa...mata aku dah ngantuk & badan pun dah letih ni...)

Thursday, June 10, 2010

Program konvoi ke Tiara Beach Resort & Melaka

Salam,

Bagi memenuhi permintaan ahli2 PMC utk percutian persekolahan kali ini,maka lokasi pun telah dipilih dan Tiara Beach Resort adalah lokasi yang terbaik seiring dengan lokasi jemputan salah seorang ahli PMC yang akan melangsungkan majlis mengawan beliau di Bukit Rambai Melaka.

Maka di sini dimaklumkan agenda yang telah di susun bagi melancarkan dan memudahkan peserta2 yang akan mengikuti program kali ini.

AGENDA

12hb Jun

9.00pg - Berkumpul & taklimat di Burger King Higway Tol Sekudai
9.30pg - Konvoi mula bergerak ke P.Dickson
11.00pg - Berhenti rehat & minum R&R Pagoh
11.30pg - Konvoi diteruskan ke P.Dickson
1.30tgh - Konvoi sampai di Tiara Beach Resort
2.00ptg - Check in & acara bebas
8.00mlm - Berkumpul di lobi utk makan malam di Pantai Teluk Kemang
10.00mlm - Acara bebas

13hb Jun

8.00pg - Berkumpul dan breakfast
9.00pg - Acara bebas
11.30pg - Check out dari Tiara Beach Resort
12.00tgh - Konvoi ke Tol Simpang Empat Pagoh
1.00tgh - Bertemu dengan ahli2 PMC yang lain utk ke Bukit Rambai Melaka
1.30tgh - Konvoi diteruskan ke Bukit Rambai Melaka
2.30ptg - Konvoi sampai di rumah pengantin Bro Mokhtar
3.30ptg - Konvoi ke Bandar Hilir utk bersiar2
5.00ptg - Bergerak balik ke J.Bahru
9.00mlm - Konvoi sampai ke destinasi

* Pakaian rasmi pada 12hb-Baju PMC warna putih
Pakaian pada 13hb-Pakaian bebas & sopan utk ke Majlis mengawan

Disini juga Founder mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua ahli2 PMC dimana jua mereka berada dan lakukan dan berdoa agar perjalanan program kali ini berjaya dan selamat..

Wassalam

Friday, June 4, 2010

Selamat Berangkat..

Salam semua,

Teringat pepatah dahulu ada mengatakan.."Ikan di laut asam di darat,dalam belanga bersatu jua"begitulah yang terjadi pada salah sorang ahli PMC kita iaitu Bro Azli yang telah berangkat ke Serawak pagi tadi untuk melunaskan janji yang telah dimenterai oleh kedua2 belah pihak.

Majlis perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada 6hb Jun di Serawak ditemani oleh kaum keluarga terdekat dan diiringi oleh 6 ekor kuda serta rakan2 PMC yang berkelapangan ke Senai Airport.Terima kasih kepada Bro Awie,Bro Lani,Bro Mahat,Bro Rasdhan,Bro Zamri,Bro Enal,Bro Harun & Bro Jamal yang meluangkan masa pada program PMC kali ini.

Di sempena musim mengawan ini kami ahli2 PMC mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT"kepada ahli2nya dan bukan ahli yang akan melangsungkan majlis mengawan mereka.

Wasalam
sempat melekatkan sticker PMC di kuda salah seorang ahli baru sebelum memulakan perjalanan bersanggah di rumah Bro Jamal menantikan persiapan terakhir bakal pengantin
ada ke bakal pengantin pakai tanjak tuala good morning hahahaha....sukahatilah mu sekorrrr
kuda PMC yang bersiap sedia untuk membawa bakal pengantin ke Senai Airport
pang..kompang..pang..kompang...konvoi pengantin ke Airport
sesi bergambor sebelum naik flight
bakal pengantin menunjukkan flight tiket pergi balik seramai 5 org mcm baru terima hadiah tiket lotri je, Selamat Pengantin Baru mu sekorr broo,dgn ucapan muka jgn ketat lagi..hahahaha

Wednesday, June 2, 2010

SYABAS PMC !!!..Masuk majalah lagi...

Salam Hormat,

Bertemu kembali dalam posting kali ini....

SYABAS PMC !!!!....Akhirnya penantian selama 4 bulan terjawab dengan tersiarnya berita kelab kuda kita dalam majalah Gila Kereta edesi kelab kereta untuk bulan Jun...Dengan ini maka terjawablah segala pertanyaan setiap ahli2 yang dok jumpa saya "Bila gambor nak kuar majalah broooo" hehehe...Haaaa...apalagi beli satu wat kenangan..harga pun tak mahal,baru RM 6.50 jer.

Jadi sebagai kawan saya nasihatkanlah kepada ahli2 PMC ,bila ramai yang dah mengenali kelab kita janganlah kita tinggi diri atau puas hati dengan apa yang telah kita capai..tingkatkan usaha dan terus memperkuatkan kelab kita dgn penambahan ahli2 serta penyertaan setiap aktiviti2 yang dirancangkan.

Di sini juga saya sbg wakil kelab kuda PMC mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga salah seorang bekas perkerja Titan iaitu Tn Hj Syafiee atas pemergian allahyarham menyahut panggilan Allah semoga roh beliau di limpahkan syafa'at Insyallah...Al Fatihah...

Sekian
hmmm....kalau nak baca isinya kena beli sebijik hehehe....
inilah gambar2 yang telah terpilih oleh editor untuk dipaparkan...

Wednesday, May 19, 2010

Welcome To The Club

Salam ukuah..

Saya mewakili pearlmotoclub dengan rasa bangganya mengucapkan "WELCOME" kepada ahli2 yang baru semoga dengan keanggotaan mereka akan membuatkan PMC akan terus Gagah & Berani sejajar dengan Moto Club ini..iaitu"Kudaku Lari Gagah Berani" serta berlandaskan konsep kita iaitu "Riadah & Amal"...
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada ahli2 yang bersungguh2 dan ikhlas kerana penglibatan mereka dalam segala aktiviti2 PMC..Sekian Terima Kasih

Welcome To The club

Zalmazizi Ab Aziz O&A RELIA
Mohd Fahizal Bin Zaini O& A MAINT
Ezal Shah Ismail IT DEP
Othman bin Yahya TPP OPER
Mohammad Amin bin Ahmad TPP OPER
Syazana binti Abu Bakar TPP OPER
Mohd Aidil Azhar bin Burabil TPP Oper
Mohamad Naim OCU BD

Monday, May 10, 2010

PMC Masuk Majalah Kereta

Salam ,

Buat julung2 kalinya kelab berkuda Titan telah diberi penghormatan dan dijemput bersama2 dalam event permotoran yang telah di adakan di IOI Mall pada bulan Mac tempohari.
Dan sekarang komitmen yang telah diberikan oleh ahli2nya dibalas dengan gambar kuda ahli2 PMC yang bersama2 memeriahkan event tersebut.Walaupun gambar tidak sebesar mana namun itu sudah cukup membuktikan bahawa penghargaan yang telah diberikan oleh Majalah Gila Kereta terhadap kelab kuda PMC tidak berbelah bagi.

Diberitahu juga bahawa untuk edisi khas berita kelab PMC akan di keluarkan tidak lama lagi bergantung kepada giliran kerana banyak kelab2 berkuda yang telah menanti utk dikeluarkan berita mereka dalam majalah tersebut..Founder memohon ahli2 PMC dapat bersabar dan faham dengan situasi sebegini serta berharap agar kelab kita sentiasa kuat dengan sokongan ahli2nya.Di sini juga PMC mengalu-alukan "Welcome to The Club" kepada ahli2 baru PMC iaitu 2 dari M/Trade Dep dan 2 org lagi dari TPP Dep yang yakin dengan hala tuju kelab berkuda kita.Terima kasih,kecik tapak tangan parking kereta Titan kami sediakan mu sekorrr...hahaha..

Wasalam

Nampak tak bro kuda2 sape yg kena snap....mana kuda Founder ehhh...tak aci nii...!!!hehehe

Sunday, May 2, 2010

Konvoi Amal Rumah Anak Yatim Berkat

Assalamualaikum,

Salam sejahtera..terlebih dahulu di sini saya memanjangkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn limpah kurnianya maka perjalanan Program Kutipan Amal Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM3060 (tunai)+ RM 600 (cat & jamuan) jumlah besar RM 3660.Dan juga kita telah dapat menerima sumbangan peribadi berupa barangan (60kg beras,24kg gula,5bungkus pakaian,6 kotak ubat gigi & 4 kotak sabun mandi).

Alhamdullilah,kutipan tersebut telah selamat kami sampaikan kepada yang memerlukannya.Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada penderma2 di kalangan perkerja2 Titan terutama perkerja2 TPC,TPP,TPE shift dari Team A,B,C & D .Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik yang ikhlas dari mereka2 semua tanpa mengira ahli klab PMC atau pun tidak.

Ucapan setinggi2 terima kasih juga dengan kehadiran 18 ekor kuda PMC bersama 25 orang ahli2nya pada Konvoi & Majlis Gotong Royong mengecat dewan makan iaitu (Bro Fairuz,Bro Hassan,Bro Hafizi,Bro Awie,Bro Johar,Bro Nizam,Bro Mokhtar,Bro Nazri,Bro Azwan,Bro Razmi,Bro Zawawi,Bro Fahizal,Bro Ziyad,Bro Fairuz Wafad,Bro Zamri,Bro Azhari,Bro Arif ,Bro Rashdan,Sis Jannah dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung pada program tersebut.Tanpa kalian majlis ini tak kan berjaya dan berseri.Tak lupa juga kpd IPD Polis Trafik Sri Alam kerana berkerjasama memberi kelulusan permit dan menghantar anggotanya membantu kami dalam memantau konvoi kami.

Saya juga disini sekali lagi ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Konvoi Amal Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar semoga apa jua kebaikan yang telah kita jalankan dengan niat yang ikhlas Insyallah akan dijanjikan ganjaran oleh Allah S.W.T ..Amin.Maaf jua sekiranya di sepanjang program mungkin ada kesilapan atau cacat celanya kerana yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk adalah dari saya sendiri.

Wasalam
berposing di M.point 1 (wakaf An Nur) bersama abam polis..
Konvoi bersiap sedia sebelum bertolak....
laluan pasir gudang highway riuh dengan kehadiran kuda2 PMC-(tengok tu kuda Founder & abam polis memantau perjalanan)
konvoi selamat sampai di M.point 2 (The Store) bersama2 dgn 18 ekor kuda
wajah2 keceriaan peserta program walaupun sesat berpusing2 hahaha...
menantikan kehadiran dif terhormat masuk ke dewan
peserta gotong royong sedang berbincang dinding mana nak cat...
taklimat ringkas latar belakang rumah anak yatim oleh penyelia bertugas iaitu Puan Hendon
penyampaian sumbangan RM 3060 dari wakil penderma2..terima kasih semua
barangan dapur dan keperluan yang dapat di kumpulkan..
upacara perasmian mengecat oleh budak gemuk yang cute hehehehe
tuuu..dia gembira ehhh mereka kena kerja...terima kasih bro2 ku sekelian
bro Azwan dan bro Zawawi berpasangan menngecat dinding dewan makan
apa...tu!!!!!...saja jer nak interframe
tukang bancuh cat yg di import khas dari team A iaitu YB Nizam...Thanks bro..
begitu riang anak2 yatim berlari di atas padang...tanpa kehadiran dan bantuan dari kita mereka tentu kesedihan
tengok tu si kecil pun sibuk nak membantu ...kita berfikir sejenak sedangkan anak2 kecil pun tahu erti beramal...di manakah kita di waktu itu????
touch-up bro...thanks bro
sis Jannah pun ada...thanks sis.....
Bro Johar punyalah sibuk dan rajin...menoleh pun tak nak..hahahaha
bro nazri & bro gemok entah apa yang mereka bincangkan...
dewan makan telah berwajah baru...tentu anak2 yatim gembira dan selesa..
inilah bilik pentadbiran rumah anak yatim yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan..hanya mendapat dari dana & sumbanga peribadi sahaja..
bro fairus wafad telah men touch-up bilik pentadbiran..thanks bro
kesempatan ini aku ambil utk bermesra dgn anak2 yatim yang dahagakan kasih sayang seorang ayah & ibu...sebak dada,sayu rasa bila ditenung dalam mata mereka.
anak2 yatim ini di ambil @ dipilih dari kalangan yatim piatu dan yatim miskin papa
sebelum Majlis Perpisahan...sempat juga abadikan dalam kenangan...Syabas dan Jumpa Lagi..
wajah2 mereka terasa puas krn dapat menjalankan kewajipan sesama insan.
selamat tinggal Insyallah kami datang lagi
resit rasmi dari sumbangan RM 3060 dikeluarkan oleh Rumah Anak Yatim Berkat...
resit pembelian cat (atas) dan sumbangan utk jamuan ringan (bwh)
diharap dgn terbuktinya resit ini dapatlah membidas suara2 sumbang yang berbunyi di belakang tanpa memikirkan perasaan org lain. Subhanallah....