Sunday, May 2, 2010

Konvoi Amal Rumah Anak Yatim Berkat

Assalamualaikum,

Salam sejahtera..terlebih dahulu di sini saya memanjangkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn limpah kurnianya maka perjalanan Program Kutipan Amal Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM3060 (tunai)+ RM 600 (cat & jamuan) jumlah besar RM 3660.Dan juga kita telah dapat menerima sumbangan peribadi berupa barangan (60kg beras,24kg gula,5bungkus pakaian,6 kotak ubat gigi & 4 kotak sabun mandi).

Alhamdullilah,kutipan tersebut telah selamat kami sampaikan kepada yang memerlukannya.Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada penderma2 di kalangan perkerja2 Titan terutama perkerja2 TPC,TPP,TPE shift dari Team A,B,C & D .Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik yang ikhlas dari mereka2 semua tanpa mengira ahli klab PMC atau pun tidak.

Ucapan setinggi2 terima kasih juga dengan kehadiran 18 ekor kuda PMC bersama 25 orang ahli2nya pada Konvoi & Majlis Gotong Royong mengecat dewan makan iaitu (Bro Fairuz,Bro Hassan,Bro Hafizi,Bro Awie,Bro Johar,Bro Nizam,Bro Mokhtar,Bro Nazri,Bro Azwan,Bro Razmi,Bro Zawawi,Bro Fahizal,Bro Ziyad,Bro Fairuz Wafad,Bro Zamri,Bro Azhari,Bro Arif ,Bro Rashdan,Sis Jannah dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung pada program tersebut.Tanpa kalian majlis ini tak kan berjaya dan berseri.Tak lupa juga kpd IPD Polis Trafik Sri Alam kerana berkerjasama memberi kelulusan permit dan menghantar anggotanya membantu kami dalam memantau konvoi kami.

Saya juga disini sekali lagi ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Konvoi Amal Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar semoga apa jua kebaikan yang telah kita jalankan dengan niat yang ikhlas Insyallah akan dijanjikan ganjaran oleh Allah S.W.T ..Amin.Maaf jua sekiranya di sepanjang program mungkin ada kesilapan atau cacat celanya kerana yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk adalah dari saya sendiri.

Wasalam
berposing di M.point 1 (wakaf An Nur) bersama abam polis..
Konvoi bersiap sedia sebelum bertolak....
laluan pasir gudang highway riuh dengan kehadiran kuda2 PMC-(tengok tu kuda Founder & abam polis memantau perjalanan)
konvoi selamat sampai di M.point 2 (The Store) bersama2 dgn 18 ekor kuda
wajah2 keceriaan peserta program walaupun sesat berpusing2 hahaha...
menantikan kehadiran dif terhormat masuk ke dewan
peserta gotong royong sedang berbincang dinding mana nak cat...
taklimat ringkas latar belakang rumah anak yatim oleh penyelia bertugas iaitu Puan Hendon
penyampaian sumbangan RM 3060 dari wakil penderma2..terima kasih semua
barangan dapur dan keperluan yang dapat di kumpulkan..
upacara perasmian mengecat oleh budak gemuk yang cute hehehehe
tuuu..dia gembira ehhh mereka kena kerja...terima kasih bro2 ku sekelian
bro Azwan dan bro Zawawi berpasangan menngecat dinding dewan makan
apa...tu!!!!!...saja jer nak interframe
tukang bancuh cat yg di import khas dari team A iaitu YB Nizam...Thanks bro..
begitu riang anak2 yatim berlari di atas padang...tanpa kehadiran dan bantuan dari kita mereka tentu kesedihan
tengok tu si kecil pun sibuk nak membantu ...kita berfikir sejenak sedangkan anak2 kecil pun tahu erti beramal...di manakah kita di waktu itu????
touch-up bro...thanks bro
sis Jannah pun ada...thanks sis.....
Bro Johar punyalah sibuk dan rajin...menoleh pun tak nak..hahahaha
bro nazri & bro gemok entah apa yang mereka bincangkan...
dewan makan telah berwajah baru...tentu anak2 yatim gembira dan selesa..
inilah bilik pentadbiran rumah anak yatim yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan..hanya mendapat dari dana & sumbanga peribadi sahaja..
bro fairus wafad telah men touch-up bilik pentadbiran..thanks bro
kesempatan ini aku ambil utk bermesra dgn anak2 yatim yang dahagakan kasih sayang seorang ayah & ibu...sebak dada,sayu rasa bila ditenung dalam mata mereka.
anak2 yatim ini di ambil @ dipilih dari kalangan yatim piatu dan yatim miskin papa
sebelum Majlis Perpisahan...sempat juga abadikan dalam kenangan...Syabas dan Jumpa Lagi..
wajah2 mereka terasa puas krn dapat menjalankan kewajipan sesama insan.
selamat tinggal Insyallah kami datang lagi
resit rasmi dari sumbangan RM 3060 dikeluarkan oleh Rumah Anak Yatim Berkat...
resit pembelian cat (atas) dan sumbangan utk jamuan ringan (bwh)
diharap dgn terbuktinya resit ini dapatlah membidas suara2 sumbang yang berbunyi di belakang tanpa memikirkan perasaan org lain. Subhanallah....

Thursday, April 22, 2010

Hulurkanlah Tangan Ringankanlah Beban

Assalamualaikaum,

Bersesuaian dgn matlamat asal penubuhan kelab PMC iaitu konvoi Riadah dan Amal maka tercetuslah idea,usaha dan inisiatif rakan2 kita iaitu Bro Hassan & Bro Kecik utk meralisasikan usaha kita sebagai masyarakat yang perihatin.

Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar amat memerlukan pelbagai bantuan terutama dari segi wang ringgit untuk memperelokkan lagi kediaman mereka yang lebih separuh abad dimamah usia di tanah wakaf yang terletak di Bukit Cagar.

Dari itu bersama2lah kita warga PMC dapatlah menghulurkan tangan bagi meringankan beban seramai 116 org anak yatim yg dahagakan kasih sayang ibu bapa supaya mereka dapat menempuh hidup di hari2 yang mendatang.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang dalam program konvoi Amal ini silalah berhubung dgn Bro Mahfiz/Bro Awie utk mengetahui maklumat program tersebut dan nilai sumbangan anda.

Wasalam











Konvoi Amal ke Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar
Tarikh : 2hb Mei 2010
Masa : 9.00pg
Atucara Majlis
8.15pg - Berkumpul di Wakaf Anur Pasir Gudang
8.30pg - Konvoi bergerak ke Bukit Cagar
9.00pg - Ucapan Alu2an dari Wakil Rumah Anak Yatim
9.15pg - Ucapan dari wakil PMC serta penyerahan sumbangan
9.30pg - Gotong royong mengecat Dewan Makan
10.30pg- Rehat & Jamuan
12.00tgh- Acara gotong royong dihentikan dan berkemas
12.30tgh- Ucapan penutup dan bersurai

Thursday, April 15, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Salam hormat semua,

Memandangkan percutian PMC kali ni ke Tiara Beach Resort pada bulan June ni,di sini Founder memberiikan sedikit info tentang tempat yang bakal kita tujui...so tak yah lah tanya banyak2 mcm polis pencen pulak yerrrrr...hahahaha...

kalau nak lagi tahu tentang Tiara Beach Resort sila layari >> http://www.tbr.com.my/

Wasalam

About Tiara Beach Resort

Tiara Beach Resort an `inland sea resort' spread over 23 acres is the biggestman-made beach in Malaysia. It is an ideal place for the whole family to have an enjoyable clean, safe and fun seaside vacation with top class facilities for corporate and private functions.

The first fully integrated resort in Port Dickson with 980 studio suites (1264 rooms)is just 90 minutes drive from Kuala Lumpur city.
There are 4 F&B outlets;
  1. Canopy Beachfront Café
  2. Terrace Café
  3. Fun Pub
  4. Chinese Restaurant.
The Terrace Café – an outdoor all day dining restaurant acclaimed local and international dishes and Canopy Café overlooking the beachfront provides a small selection of local snacks and hawker favorites and refreshing beverages.
The Canopy Café is an ideal rendezvous place to relax with live sports events, pool tables, darts and many exciting games. Other facilities include the mini theatre, giant inflatable, gymnasium, sauna roomsand karaoke theaters.

Di bawah ni haaaa...bilik studio yang bakal kita menginap


Saturday, April 10, 2010

Jom ke Tiara Beach Resort P.Dickson

Salam hormat,
Memandangkan cuti persekolahan yang bakal tiba pada pertengahan bulan Jun ini anak2 pun dah mula sibuk bertanyakan lokasi PMC seterusnya dan mak bapak pun dah mula start mengumpul & mencongak apa yang patut.

Ajk PMC telah menyusun satu program (2 dlm 1)Konvoi ke Tiara Beach Resort P.Dickson dan ke majlis persandingan Bro Mokhtar di Bukit Rambai Melaka.Oleh itu kepada ahli2 yang nak berkonvoi & beriadah di Tiara Beach Resort di harap memaklumkan kpd Ajk dgn kadar seberapa segera

Tarikh- 12hb Jun (9.00pg)-Konvoi ke Tiara Beach Resort
Tarikh- 13hb Jun (1.00pm)-Konvoi Bukit Rambai Melaka

Sebanyak 10 bilik studio utk penginapan kita di sana dgn kadar harga.
(2 katil singgle,1 dapur,1 hall,1 tandas)
RM 180 (ahli)
RM 200 (bkn ahli)

Jom apa tunggu lagi cepat booking sekarang...!!!!!

Wasalam


mana tak kecur air liur anak2 tengok air

apartment yg mengelilingi kolam,boleh berendam sampai puas
kolam yang luas serta pemandangan yg indah

ada pasir pantai buatan utk kita berehat

Tuesday, April 6, 2010

PMC ke laut lah pulok...weii....!!!!

Salam semua,
Setelah penat berkonvoi & riadah di darat apakata kita cerita pulok ahli2 PMC beriadah di laut..
Trip riadah di laut telah di rancangkan oleh Leader kita bro Awie menarik minat pemancing2 hardcore dari kalangan ahli PMC sendiri.Peserta yg pada rancangan awalnya seramai 6 org (Founder,Bro Awie,Bro Azli,Bro John,Bro Hanip dan bro Karim menarik diri saat2 akhir krn urusan kerjanya) telah bertolak ke Mersing pada 5hb April seawal pukul 8pg telah selamat sampai ke jeti utk menunaikan misi kami.
Malangnya bot yg di tempah seawal sebulan yg lalu tidak dapat meneruskan perjalanan atas sebab2 kerosakan,mujurlah tekong telah mencari alternatif lain dgn menukarkan kepada bot rakannya.Alhamdullilah...Tangkapan tidaklah memberangsangkan dari segi jumlah bilangannya tetapi dari segi rekod tangkapan besar bolehlah tahan.Rekod tangkapan terbesar telah di sandang oleh Bro Awie dgn (ikan ketarap 4kg),diikuti oleh Bro John (ikan Ebek 3kg) dan Bro Azli (ikan jenahak 2kg)
Apa2 pun tahniah bagi yg berjaya dan bagi yg tidak berjaya kita return lagi next month mu sekorrrr...hahaha!!!!!!Hidup !!!!!PMC
Kuda yg mengalas tugas membawa kami ke Mersing
Kuda bro Azli parking kesorangan menunggu kuda betina meneckelnya heheheJeti di mana bot tekong Papa Daud berlabuh
Acara memunggah brg2 ke dlm kapal..nasib baik tak runtuh jeti...
wajah2 ceria bercampur frust krn sangkak di awal trip
Founder merangkap cameraman berposing dgn bro Azli
Haaaa...ada sape2 berani!!!nak ikut gi laut sebulan dgn bot nelayan laut dalam ni.!!!!
Tuuuu!!!! dia..joran founder yg disewakan kpd Bro John melentur cantik menahan asakan Ebek
perghhh!!!! wajah bro John keletihan dan happy tak pernah kena ikan besor katanya
Bro Hanif pun tak ketinggalan menunjukan aksinya dgn ikan ketarap
Bro Azli dgn rekod tangkapan ikan termahal...jenahak
Bro Awie tersengih sebijik mcm ikan ketarap...hahaha
Bro Azli lagi...asyik2 dia jer dapat ikan best2...
Hmmm...dia lagi...malas lah aku nak mancing lagi asyik2 mu jer yg dapat..

Tak puas kat dlm bot kat rmh pun pukul gambar lagi...tak kisah la broooo..asal happy
acara membahagi2kan hasil tangkapan...kerat broooo!!! jgn tak kerat
sebahgian tangkapan lagi belum dikeluarkan dari dlm tong coleman

ni babak yg sadis...time nak pergi sangkak,time balik pun sangkak gak..
apa yang penting!!!! Kerjasama!!!!..wonder pet..kami dah dtg,hahahaa!!!..akhirnya kami dpt gak sampai kerumah dgn selamat..