Thursday, April 22, 2010

Hulurkanlah Tangan Ringankanlah Beban

Assalamualaikaum,

Bersesuaian dgn matlamat asal penubuhan kelab PMC iaitu konvoi Riadah dan Amal maka tercetuslah idea,usaha dan inisiatif rakan2 kita iaitu Bro Hassan & Bro Kecik utk meralisasikan usaha kita sebagai masyarakat yang perihatin.

Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar amat memerlukan pelbagai bantuan terutama dari segi wang ringgit untuk memperelokkan lagi kediaman mereka yang lebih separuh abad dimamah usia di tanah wakaf yang terletak di Bukit Cagar.

Dari itu bersama2lah kita warga PMC dapatlah menghulurkan tangan bagi meringankan beban seramai 116 org anak yatim yg dahagakan kasih sayang ibu bapa supaya mereka dapat menempuh hidup di hari2 yang mendatang.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang dalam program konvoi Amal ini silalah berhubung dgn Bro Mahfiz/Bro Awie utk mengetahui maklumat program tersebut dan nilai sumbangan anda.

Wasalam











Konvoi Amal ke Rumah Anak Yatim Berkat Bukit Cagar
Tarikh : 2hb Mei 2010
Masa : 9.00pg
Atucara Majlis
8.15pg - Berkumpul di Wakaf Anur Pasir Gudang
8.30pg - Konvoi bergerak ke Bukit Cagar
9.00pg - Ucapan Alu2an dari Wakil Rumah Anak Yatim
9.15pg - Ucapan dari wakil PMC serta penyerahan sumbangan
9.30pg - Gotong royong mengecat Dewan Makan
10.30pg- Rehat & Jamuan
12.00tgh- Acara gotong royong dihentikan dan berkemas
12.30tgh- Ucapan penutup dan bersurai

No comments:

Post a Comment