Monday, March 8, 2010

Pertandingan kuda berhias (Autoshow) di IOI Mall

Salam...

Kat sini aku nak paparkan gambar yang sempat diambil bersempena jemputan PMC di pertandingan autoshow di IOI Mall pada 7hb March yang lepas...meriah sekali dgn kehadiran pelbagai jenis kuda..yg besar,yg pendek,yang lebar semua ada. Tak kurang juga kehadiran beberapa club kuda di sekitar Johor Bahru utk memeriahkan lagi Autoshow tersebut.

Memang cantik dan bergaya sekali kuda2 mereka dihias sedemikian rupa dgn kos yang mencecah puluhan ribu...perghhhh..boleh beli sebijik rumah tuuuu...tapi satu jer aku nak ingatkan kat kau orang semua..

"Bahawa mereka2 semua tak layak nak join club kuda kita ,di ulang tak layak!!! walaupun pemiliknya meraung2 mintak borang ahli hehehe...Ini adalah kerana mereka semua bukan pekerja Titan so kena amik borang kerja Titan dulu baru boleh join PMC ha!ha!ha!

Sekian
salah sorang peserta adalah seorang kakak dari pasir gudang...duduk kat Kota Masai..bersemangat sehhhh kakak ni...kuda dia pun cun gila.cayalahh
haaaa..ni kuda datang sekali dgn kakak yang aku cakapkan tu...sebelum aku gi Burger King kuda ni cucuk bontot kuda aku kat jalan Betik
yg sedang2 saja...
tujuh atas pong ada....haus tekak aku tengok kuda ni
hmmmm...tak layak nak join PMC coz bro ni bkn staff Titan
ni pun satu..walaupun kuda dia tip top tapi yang slacknya lagu yg dia pasang kantol...lagu kari!!!
Haaa..ada berani ker Bro Johar...kuda dia sama specsis dgn kuda bro Johar..
ni ala-ala Mitshubishi EVO 10 tapi kuda Waja
korang tengok piala diorang pun dah tahu berapa lama dah berkecimpung dlm dunia menghias kuda
hehehe...geng ni paling kelakor..geng kepala botak semuanya heheheh
yang ni mcm kancil pun ada..mcm mini cooper pun ada..pening pala aku
yang ni kuda pekak...kalau korang nak rasa cuba dok kat belakang...lama2 boleh pekak gegendang telinga korang
Bling!bling mata aku tengok dalam dia...perghhh..tombol gear dia pun bertingkat2
aku rasa kuda ni selalu Johan kot...tengokkan dia punya kuda mmg cecah puluhan ribu
kuda ni pelik sikit aku pun tak tau asal keturunan dia...tapi cantik..

Sunday, March 7, 2010

Memang Gempak Habis

Salam semua...

Fuhhhhhh!!!!!....cayalah memang gempak..perkataan "keramat" itulah yang acap kali keluar dari mulut budak2 PMC yang menerima undangan dari Majalah Gila Kereta (Xtreme) dalam pertandingan AutoShow di IOI Mall pada 7hb March 2010.Dan tarikh itu jugalah yang akan menjadi kenangan manis buat ahli2 PMC yang berkesempatan meluangkan masa berkerjasama dalam sesi photography untuk edisi khas berita kelab dalam majalah tersebut.
Apa taknya masing2 excited bila konvoi kuda kami yang seramai 19 ekor telah diberi penghormatan oleh penganjur pertandingan masuk ke laluan pertandingan dan diletakkan di petak parking khas yang telah di sediakan penganjur.

Semua mata tertumpu krn kehadiran kami serta berbangga dengan club kuda kita..walaupun kuda kita standet mandet dan pelbagi jenis kuda kami tetap club kereta gak..(sepatah kata En Shah wartawan dari majalah tersebut ialah "Apa yang mahal & exclusive ialah aktivitinya yang padat dan ahli2nya HANYA perkerja Titan sahaja...walaupun kereta dah siap modified puluhan ribu mcm kereta kebal pun tak layak nak join pearlmotoclub kalau tak dapat kerja kat Titan..hehehehe tak bangga ke korang ) So bagi yang masih berkira2 malu utk join club kuda kami baik lupakanlah,tilik diri sediri dulu apa kebanggan yang telah anda buat dari mencebikan bibir serta "mengkondem" pearlmotoclub....

Jutaan terima kasih tak berbelah bagi kepada ahli2 PMC yang hadir dengan semangat tanpa menghiraukan letih & mengantuk almaklumlah ada yang baru balik kerja dari shift malam dan tak kurang juga pengorbanan masa rehat bagi ahli yang nak masuk shiht malam.
Sekalung penghargaan juga khas buat penganjur Autoshow & majalah Gila Kereta yang menjemput kami bersama2 meraikan "gathering"tersebut.Insyaallah ada kelapangan kita akan join lagi...

Tahniah !!! dan terus maju kehadapan PMC !!!...hidup PMC !!!

acara yang sudah biasa dilakukan sambil menunggu yang lain sampai melepak sambil pukul gambar
sok..sekkk....apa tu yang diumpatkan kat belakang hehehehe
Baju baru kami yang menjadi "dengkian"pada org yang tak menjadi ahli...nak beli tak bagi,nak join club malu...tak per brooo...adalah gak baju seragam dari dok harap baju free Titan jer hahahaha...
Tuuuu...dia...ahli2 PMC mmg tak takut bini...berkonvoi dan melekatkan sticker pada kuda masing2..almaklumlah mungkin ada dikalangan yang bukan ahli PMC tu kuda nama bini kot..hehehe
Org2 kat highway pun respek serta membunyikan hon kereta mereka tanda penghormatan
kalaulah bumbung kuda aku boleh dibuka tentu gambar ni akan lebih menarik...
Parking khas dari pihak penganjur....(tak der sticker pearlmotoclub tak boleh masuk walaupun kereta anda cun..mahal...power..aksesori beratus2 atau ada awek keliling pinggang tapi kuda anda tetap kena parking jauh kat luar sana ehhhh..mintak maap Yang ni lagi mahal...jurukamera dari majalah Gila Kereta (baju hitam) menjalankan tugasnya mengambil gambar pemilik2 kuda bersama kuda masing2..masuk majalah tuu walaupun kuda kita murah dan stendet...yang mahal ialah "pearlmotoclub"...(kalau harap je kuda cun tapi takut bini marah join club baik bungkus jer kuda tuuuu....hahahaha)
bergambar sementara menantikan Bro Amin & Bro Razmi BD tiba...
susunan yang "cara"oleh wartawan majalah...
thanks kpd Bro Amin & Bro Razmi..walaupun ada hal penting tetap nak datang juga demi PMC
19 pemilik kuda dari pearlmotoclub yang bakal terpampang dalam majalah tu nanti..(tak per Bro Johar bersabar....walaupun club kita ni nampak mcm murah tapi kita mahal dgn aktiviti2 kita dari mereka2 yang melalak mcm tong kosong....hehehehe

Monday, March 1, 2010

Konvoi Mengawan & Riadah (part 2)

(sambungan dari part 1)

8.00 mlm - Konvoi ke Tanjung Lumpur Kuantan...ahli2 PMC bersemangat dan tak sabar untuk pekena ikan bakar...

9.00 mlm - Jamuan makan malam yang sedap dan segar....lepas makan terus jer rasa ngantuk...mcm ada suis lak mata ni...

28hb Feb
8.00 pagi - Bersarapan dengan menu yang telah di sediakan oleh pihak Duta Village Resort.

10.00 pagi -Check out utk berkonvoi ker Bukit Gambang Water Park..seramai 7 ekor kuda (Bro Din Lab muncul di Gambang) bersama keluarga masing2 telah bersama2 utk aktiviti beriadah di sana ( 6 ekor kuda lagi ada agenda masing2...nak bagi kambing makan laaa,nak tengok nenek bersalin laaa...hahaha)...sori brooo gurau jer hehehe...

12.00 tgh- Konvoi selamat sampai di Gambang maka bermulalah acara sukan air Olyampik utk anak2 dan bapak2 yang berkejar mencari dan melayan anak masing2..(tu belum kes nak pujuk suruh naik nak balik....)hahahaha....

5.00 ptg - Konvoi bergerak balik ke Mersing-JB tinggallah 4 ekor kuda tua yang masih kuat meneruskan misi PMC.(Bro Johar terpaksa menghantar anaknya ke Segamat,Bro Nazri balik Kuantan dan Bro Din Lab kena pergi K.L utk hantar aweks dia hahaha..)

8.00 mlm - Makan malam di Jambatan Rompin-Mersing bersama udara laut yang bertiup lembut...

11.00 mlm- Konvoi selamat sampai ke JB dan peserta beredar balik ke rumah masing2....apalagi nak berehat laaaaaa...
kelihatan ibu2 pun bergaya dengan baju PMC sambil berborak2 mendapatkan maklumat tentang suami masing2 hahahahaha.....
perghhhh!!!! ni yg membuatkan jalan di hadapan lobi Duta Village sesak kerana menyaksikan sesi bergambar PMC. restoran di Tanjung Lumpur yang menyediakan menu ikan bakar & makanan laut yg segar
pilih Bro Johar...jgn tak pilih....!!! Bro Nazri menunjukkan ikan kerapu yang mempunyai mata serupa dgn beliau.
Saudara Azmi sekeluarga juga tidak ketinggalan menikmati hidangan makan malam
"kalau ada budu ni lagi best..."mungkin itu yang di suarakan oleh Bro Awie
amboi2 sopan sungguh bdk2 bujang PMC ni ehhh....anak sapaaaa!!! la tuuuuu......
Founder membuat aksi bermanja dengan org rumah walaupun di gelak oleh anak2nya hehehee..
"semua mata tengok kita tuuuu...ni rombongan mane dgn baju seragam..."Bro Johar berkata dgn bangga.
breakfat yang telah di sediakan oleh pihak resort apa lagi bedallah...founder memberitahu pada isterinya yang masih kepenatan...almaklumlah ehem..ehemmm...mlm tadi
kelihatan perbincangan hangat telah berlaku di sana.....tu bincang nak balik laaa tuuuu
sesi bergambar sebelum bertolak ke Gambang bersama ahli yang terpaksa balik krn ada urusan masing2
bergambar lagi..bersama Bro Din lab yang baru sampai dari Trengganu.
ni kalau nak konvoi mengawan ke Bandar Baru Bukit Besi parokkkk jugok wei!!!!..hehehe...insyaallah...akan kami usahakan..
acara bebas bersama keluarga....
sama seperti di Water World Alor Gajah cuma benda ni masih baru..
bersih terjaga tempat ni...tapi cash tak di benarkan...semua makanan,pelampung,locker dan cabana kena pakai scan..
benda berhantu ni lah yg buat bapak2 terpaksa memujuk anak masing2 balik...
mat & minah rempit bersiap sedia utk merempit di gelonsor spt gambar di atas..
bro johar juga tak ketinggalan mencuba aksi kuak lentang di kolam berombak..
berhenti makan malam di Jambatan Rompin-Mersing...indah sungguh panorama di situ..
kelihatan jam menara yang baru di dirikan menjadi mercu tanda bandar tersebut.
kita minum dulu....sebelum sambung konvoi!!!!