Friday, June 25, 2010

Selamat Mengawan guuuuu.....

Salam,

Setelah puas dipujuk,dirayu dan dibelasah maka dengan kelat muka dan berat hatinya kawan kita iaitu Bro Azli aka Cekgu telah memberikan buah tangannya (ole-ole) dari Serawak.
Gambar2 perkahwinannya yang telah berlangsung pada awal bulan Jun yang lepas menjadi tatapan sahabat2 yang tidak dapat mengiringi semasa majlis persandingan beliau.

Ucapan syabas dan tahniah dari PMC semoga rumahtangga yang dibina akan terus mekar dan mewangi dalam jambangan kasih mu sekor hahahaha...
Wasalam
Bro Azli selamat di ijabkabulkan
Bukan main manja ehhhh...pengantin lelaki....
upacara menyambut pengantin di Serawak
mempelai beraksi sedondon dan bergaya....."butang baju aku mana mahhh!!!!!"
"ni kalau ada dak2 PMC ada mesti di sakatnya aku"...agaknya itulah terfikir di otak Bro Cekgu
" cium jgn tak cium...baru pas mkn budu ni hahaaha!!!!"
Gambar dari kedua2 belah pihak utk diabadikan

Monday, June 14, 2010

PERISTIWA YANG MENSIAT-SIAT HATI (Pantai Teluk Kemang)

Salam...

Tentu ada yang tertanya2 apa yang sebenarnya terselindung di sebalik tajuk di atas ini..
Inilah yang terjadi kepada 3org ahli2 PMC kita iaitu Bro Taki,Bro Fahizal,Bro Azizi dan juga abg ipar bro Taki yang telah tersiat-siat hatinya dan membuatkan mood kami terus luluh untuk meneruskan agenda yang telah dirancangkan seterusnya iaitu bersiar2 ke Bandar Hilir setelah selesai ke majlis Bro Mokhtar.
Peristiwa ini terjadi di Pantai Teluk Kemang iaitu tempat yang popular yang pada dahulunya menjadi salah satu tempat melihat anak bulan Ramadhan atau Syawal.Kejadian ini berlaku sedang kami menikmati hidangan makan malam di tempat tersebut..Inilah perbuatan tangan segelintir makhluk (beruk) yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras yang suka menghancurkan harta benda org lain dan tidak gembira dgn ketibaan org luar tanpa memikirkan perasaan dan kesusahan org lain..
Kenapalah perkara ini boleh terjadi..Naauzubillah...semoga Allah membalas segala perbuatan mereka..Jadi berhati2lah wahai rakan2 dan ahli2 PMC di luar sana bila bertandang di Pantai Teluk Kemang Port Dickson N.Sembilan..Semoga paparan ini akan membuka mata MPPD & pihak Polis P.Dickson agar dapat memantau makhluk2 beruk yang berupa manusia di sana...Sabar bro2ku sekalian...moga ini tidak akan mematahkan semangat kita utk teruskan program2 yg akan datang...
Wassalam
Kuda Bro Fahizal teruk di kerjakanya
pintu depan kuda Bro fahizal siap di tandatangan tuuuu
kuda bro Taki dikerjakan yang telah membuatkan moodnya down utk berjalan ke bandar Hilir bukan sahaja sisi kena calit 2 line..bonet juga tidak ketinggalan
kuda bro Azizi juga teruk di pangkahnya...kalau nak pangkah tunggu pilihanrayalah... bodoh!!!
Kuda Toyota Camry Abg Ipar bro Taki juga menjadi mangsa...kalau aku mau nangisss...

Konvoi ke Tiara Beach Resort & B.Rambai Melaka (part 2)

Salam..

Bersua kembali dalam (part 2) posting yang tergantung semalam setelah tenaga kembali pulih..al-maklumlah penat memandu masih terasa tetapi yg penting program bercuti sempena cuti persekolahan kami juga dapat menunaikan hajat salah seorang ahli PMC iaitu Bro Mokhtar yang telah melangsungkan majlis pesandingan beliau di Bukit Rambai Melaka.

Majlis yang meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan membuatkan pengantin tersenyum puas lebih2 lagi dengan kehadiran ahli2 PMC & rakan sekerja.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program PMC dan juga kepada rakan2 yang telah bersama2 meraikan majlis mengawan sahabat kita..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian..PMC juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat kepada Bro Mokhtar & pasangannya Suraya..Insyaallah...Amin..


13hb Jun 2010
setelah selesai check-out dari Tiara Beach Resort konvoi di teruskan ke Bukit Rambai Melaka
Bro Taki menunggu peserta2 memparkingkan kuda masing
pengantin diarak dan disambut bak raja sehari
persembahan silat gayung oleh kanak2 menghiburkan tetamu
berselera sungguh bro izat,bro zaire menjamu hidangan pada majlis tersebut..
tengok tu bro fahizal..kalau dah lapor..mana nak perasan org snap gambar dia
bersungguh2 bro johar,bro awie,bro rashdan & bro nazri menghabiskan hidangan
founder berlagak mcm bapak pengantin hehehe...
bro halim dari TPE juga tidak ketinggalan
bro azhari aka gemuk berkira2 utk menyambung round-2 sambil tak dilayan oleh bro taki & bro azwan
geng2 budak nottey yg gelenyar(gatal)hahaa.... bro jas,bro kodil,bro azizul,bro fer& bro john
tengok tuuu...ramai kan budak2 Titan...
duduk bersandingggg...pengantinnnn...baruuuu...
inilah saat yang ditunggu2 oleh kami iaitu bergambor kenangan bersama peserta mengawan yang akan mengawan hahaha....

Sunday, June 13, 2010

Konvoi keTiara Beach Resort & B.Rambai Melaka (part 1)

Salam Ukuah,

Tentu ramai yang dok tunggu aku update blog ni sekembalinya kami dari konvoi ke P.Dickson
Allhamdullilah, konvoi PMC sempena cuti persekolahan ke Tiara Beach Resort Port Dickson telah sampai ke kemuncaknya, seramai 9 buah keluarga ( Bro Mahfiz,Bro Taki,Bro Awie,Bro Johar,Bro Rashdan,Bro Nazri,Bro Azwan,Adik Bro Johar & Abg Ipar Bro Taki) & 2 pasangan bercinta hehehe (Bro Azizi & Bro Fahizal dan awek2 mereka) bersama 11 ekor kuda telah selamat mengikuti program kali ini.

Walaupun jumlah penyertaannya kali ini tidak terlalu ramai mungkin di sebabkan dipertengahan bulan dan juga penarikan diri peserta di saat2 akhir tetapi yang penting adalah aktiviti PMC yang selalu berterusan dari masa ke semasa.Syabas kepada peserta2 yang berkerjasama dan juga komited mengikut jadual yang telah disusun oleh pihak organizer..Jutaan terima kasih juga di ucapkan atas sokongan anda semua,

Aku juga mewakili pihak organizer PMC memohon jutaan maaf sekiranya ada kesilapan dan kecacatan dalam program kali ini,Insyaalah sekiranya dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki kita akan buat lagi.


12hb Jun 2010
mula berkumpul di Meetpoint Petronas Tol Sekudai
sesi bergambar para peserta
bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
perjalanan ke check point Pagoh utk berehat
founders family
Bro Azwan & Bro Nazri family
Bro Azizi dan aweksnya
Bro Taki & family
Bro Johar & family
Bro Rashdan tunggu wife dia gi tandas pun tersengeh...hehehe...
Berhenti di Tol Port Dickson sblm ke Tiara Beach Resort
selamat sampai dan menunggu utk check in
perghhh...punyalah ramai manusia...terpaksa menunggu selama sejam sblm check-in
sesi bergambar setelah penyerahan kunci bilik
ni bilik aku...punya lah luas dan bersepah hahahaa...
ni anak dara aku....ada beraaaa.......ni...nak kena kilas hehehe
dah dapat bilik apa lagi....bedebussss...terjunnnnn..
apa yang tersengeh tu bro rashdan....confuse aku
bro nazri gembira ngalahkan anak dia
bro azwan mcm hero hindustan tuuuuu...
entah apa yang di bisikkan oleh bro johar...nak pujuk bukak cawangan ker..
leader kita bro awie tiba agak lewat dari kelantan...tapi respek aku dgn komitmennya..
budak dah gemuk ngan aweknya
tiba masa utk makan malam di Pantai Teluk Kemang
perghhhh...marshall bertugas siang malam tu....
sambil menunggu hidangan berborak2 mesra..
bro awie tersengeh juga spt bro rashdan mcm ada agenda tersembunyi je...hehehe
bro azizi & bro fahizal bermesra tapi tak leh lebih2..coz selalu di pantau oleh founder hahahaha...
"lepas kita mkn tomyam,kita makan satay ehh,pastu kita pekena burger..awakkan pembawa budak" agaknya itu skrip bro azwan kpd bininya yg dah berbadan dua
lpas makan ronda2 di bazar berdekatan
happy semacam jer si bro johar ni..pelik aku
" amik gambor aku sekeluarga bro...nak upload dlm facebook ni.."
bro nazri family berposing sempoi....
" makan pun dah kenyang...jalan pun dah penat ni bro...jom balik bilik tidorrrrrr..."ujar bro rashdan kpd founder dgn kenyit mata sebelah dan tersengeh lagi hahaha...
(bersambung laaaa...mata aku dah ngantuk & badan pun dah letih ni...)