Monday, March 1, 2010

Konvoi Mengawan & Riadah (part 2)

(sambungan dari part 1)

8.00 mlm - Konvoi ke Tanjung Lumpur Kuantan...ahli2 PMC bersemangat dan tak sabar untuk pekena ikan bakar...

9.00 mlm - Jamuan makan malam yang sedap dan segar....lepas makan terus jer rasa ngantuk...mcm ada suis lak mata ni...

28hb Feb
8.00 pagi - Bersarapan dengan menu yang telah di sediakan oleh pihak Duta Village Resort.

10.00 pagi -Check out utk berkonvoi ker Bukit Gambang Water Park..seramai 7 ekor kuda (Bro Din Lab muncul di Gambang) bersama keluarga masing2 telah bersama2 utk aktiviti beriadah di sana ( 6 ekor kuda lagi ada agenda masing2...nak bagi kambing makan laaa,nak tengok nenek bersalin laaa...hahaha)...sori brooo gurau jer hehehe...

12.00 tgh- Konvoi selamat sampai di Gambang maka bermulalah acara sukan air Olyampik utk anak2 dan bapak2 yang berkejar mencari dan melayan anak masing2..(tu belum kes nak pujuk suruh naik nak balik....)hahahaha....

5.00 ptg - Konvoi bergerak balik ke Mersing-JB tinggallah 4 ekor kuda tua yang masih kuat meneruskan misi PMC.(Bro Johar terpaksa menghantar anaknya ke Segamat,Bro Nazri balik Kuantan dan Bro Din Lab kena pergi K.L utk hantar aweks dia hahaha..)

8.00 mlm - Makan malam di Jambatan Rompin-Mersing bersama udara laut yang bertiup lembut...

11.00 mlm- Konvoi selamat sampai ke JB dan peserta beredar balik ke rumah masing2....apalagi nak berehat laaaaaa...
kelihatan ibu2 pun bergaya dengan baju PMC sambil berborak2 mendapatkan maklumat tentang suami masing2 hahahahaha.....
perghhhh!!!! ni yg membuatkan jalan di hadapan lobi Duta Village sesak kerana menyaksikan sesi bergambar PMC. restoran di Tanjung Lumpur yang menyediakan menu ikan bakar & makanan laut yg segar
pilih Bro Johar...jgn tak pilih....!!! Bro Nazri menunjukkan ikan kerapu yang mempunyai mata serupa dgn beliau.
Saudara Azmi sekeluarga juga tidak ketinggalan menikmati hidangan makan malam
"kalau ada budu ni lagi best..."mungkin itu yang di suarakan oleh Bro Awie
amboi2 sopan sungguh bdk2 bujang PMC ni ehhh....anak sapaaaa!!! la tuuuuu......
Founder membuat aksi bermanja dengan org rumah walaupun di gelak oleh anak2nya hehehee..
"semua mata tengok kita tuuuu...ni rombongan mane dgn baju seragam..."Bro Johar berkata dgn bangga.
breakfat yang telah di sediakan oleh pihak resort apa lagi bedallah...founder memberitahu pada isterinya yang masih kepenatan...almaklumlah ehem..ehemmm...mlm tadi
kelihatan perbincangan hangat telah berlaku di sana.....tu bincang nak balik laaa tuuuu
sesi bergambar sebelum bertolak ke Gambang bersama ahli yang terpaksa balik krn ada urusan masing2
bergambar lagi..bersama Bro Din lab yang baru sampai dari Trengganu.
ni kalau nak konvoi mengawan ke Bandar Baru Bukit Besi parokkkk jugok wei!!!!..hehehe...insyaallah...akan kami usahakan..
acara bebas bersama keluarga....
sama seperti di Water World Alor Gajah cuma benda ni masih baru..
bersih terjaga tempat ni...tapi cash tak di benarkan...semua makanan,pelampung,locker dan cabana kena pakai scan..
benda berhantu ni lah yg buat bapak2 terpaksa memujuk anak masing2 balik...
mat & minah rempit bersiap sedia utk merempit di gelonsor spt gambar di atas..
bro johar juga tak ketinggalan mencuba aksi kuak lentang di kolam berombak..
berhenti makan malam di Jambatan Rompin-Mersing...indah sungguh panorama di situ..
kelihatan jam menara yang baru di dirikan menjadi mercu tanda bandar tersebut.
kita minum dulu....sebelum sambung konvoi!!!!

Sunday, February 28, 2010

Konvoi Mengawan & Riadah (part 1)

Salam hormat & sejahtera.

Saat yang dinanti2kan oleh ahli2 PMC muncul juga setelah hampir 2 bulan perancangan yang telah disusun serta pelbagai tempahan telah di buat untuk memantopkan lagi aktiviti konvoi mengawan ke Pekan serta beriadah di Cherating & Bukit Gambang.

Jadi di sini Founder malas nak berceloteh panjang so kita layan jer gambar yang membuktikan kesungguhan ahli2 PMC untuk menjayakan segala program yang dirancangkan...
Syabas & jutaan terima kasih untuk semua yang menjayakan serta memeriahkan program PMC tersebut dan di harapkan semoga kelab kuda kita akan terus kuat dan bertenaga seperti kuda2 kita semua.

Sekian dan Wassalam...akhir kata

Hidup PMC!!!!......

27hb Feb
9.45 pagi- Konvoi mula bergerak dari Petronas Ulu Tiram ke Mersing-Pekan dengan kehadiran 17 ekor kuda dari pelbagai jenis dari kuda padi hinggalah kereta kuda...hehehe...(nasib tak berapa baik krn 4 ekor lagi tak dapat berkonvoi krn bermalam di Kuantan,perancangan awal di Rompin..kalau tak 21 ekor tuu).
Alhamdullilah konvoi kali ini di perkuatkanlagi dgn perlantikan 2 org Marshall iaitu Bro Kecik & Bro Redzuan yang membantu pelancaran perjalanan kita.
11.45 pagi- Konvoi telah selamat sampai di Mersing dan berhenti rehat untuk ahli2 melepaskan Qada hajat serta memberi minum kpd kuda masing2.

1.00 tgh- Berhenti rehat di tepi Pantai laluan ke Pekan dan sesi fotografi bersama kuda masing2...perghhhh..gempak siot...kelihatan juga kaum ibu dpt berkenal2 dan bermesra sesama mereka...itu yg buat rasa terharu.
2.00 ptg- Konvoi sampai di rumah pengantin dengan gempaknya...pakat abis terperanjat org kampung tengok konvoi PMC bersusun melalui khemah jemputan ingat pengantin mana lak yang datang hahahaha..Bangga beb...
3.30 ptg- Selepas bersolat jamak di masjid Pekan acara di teruskan lagi dgn konvoi dgn 12 ekor kuda bergerak ke Duta Village untuk bermalam di sana.(lagi 5 ekor kena balik atas urusan kerja daaaaa..)
5.00 ptg- Konvoi telah selamat sampai di Duta Village Berserah walaupun ada di antara ahli yg tersesat di dalam bandar Kuantan (Founder dan Bro Johar)...hehehehe...sori bro2 semua...tapi pujian pada semua krn sabar menanti..
(Bersambung la pulok..) Tuuuuu....dia photo shoot anak aku dari atas jambatan walaupun ada diantara yg tak kelihatan.
"Kuda ku lari gagah berani".........ada yg tak kelihatan krn konvoi terlalu panjang
macam ular di palu kuda2 PMC berlari...
"korang tahan jer lori tu pastu saman diorang "hahahaha...faunder memberikan tips kpd marshallhaaaa...Bro Rahim pun ada...korang tak bangga ker...kalau dia sendiri pun boleh ikut konvoi sedangkan ada lagi kawan2 kita yg menjuihkan bibir pada PMC seolah2 malu nak join..
kalau korang masih tak percaya gak..ini bukti utk menguatkan lagi bahawa PMC akan terus hidup dan subur...
kuda2 berehat jap sambil menyejukkan jantung masing2
sesi bergambar di tepi pantai oleh ahli2 dan bkn ahli PMC..ini menandakan kita tak der sikap berpuak2 dan paksaan...sapa2 pun boleh join...tapi kita galakkan utk menjadi ahli
kaum wanita juga tidak melepaskan peluang utk sama2 berposing dan bersuai kenal sesama mereka.
apa lagi..beratur laaaaa...laporrrrrr......
saat yang dinantikan oleh semua...sesi bergambar dengan peserta mengawan...amboi En Bulat bkn main seronok lagi ehhhh...bkn apa dia bangga ahli PMC berkonvoi sejauh 300km utk meraikannya.
ha!ha!ha!....tengok tuuu...gelak guling ehhhh korang dapat ketawakan Founder yg tersesat kat bandar Kuantan....jaga korang ehhhhh....
sesi penyerahan kunci bilik kpd ahli2 yang menginap di Duta Village.
challet pun ada di sediakan dgn kadar harga yg berpatutan...(ni gambar dari bilik aku...malas nak turun..panas...)
kawasan yg luas dan bersih....
ada juga taman permainan kanak2 di sediakan berhadapan dgn challet
haaaa...ni pulak laluan ke bilik2 yang kita sewa.....ada 3 tingkat..
inilah acara yg paling dinanti2kan oleh kanak2 start dari kuda belum bergerak lagi....mandi kolaammmmm.......!!!!!!! haaaa...ada sesiapa yg berhajat nak jadikan suami ?....ada yang masih kosong..(yg duduk tu jgn...laki org hahahahaha...)
gembira mak bapak melihat anak2 keriangan bermain ombak
bagi yang sukakan adventure...tapak perkhemahan pun di sediakan berhadapan dengan laut lagi... founder melepak sambil mengurut2 kakinya yg letih dan menjelir2kan lidah stail Bro Bujang....hahahaha
apa yang Bro Rashdan tu buat ehhhhh....

Leader membawa anak berjalan2 di pantai dgn harapan anak2nya akan tidor keletihan malam nanti hehehehehe