Saturday, December 11, 2010

Titan Family Day 2010 & Majlis Mengawan Bro Zul K

Salam,

PAGI

Tahun ini seperti tahun2 yang terdahulu majikan kita dahulu Titan dan yang terbaru iaitu Honam telah menganjurkan Hari Keluarga 2010 pada 11hb Dis di Danga Bay Johor Bahru .Acara yang agak hambar dengan masing2 buat hal sendiri telah mengurangkan lagi minat pekerja2 Titan untuk hadir dalam event tersebut pada tahun ini.

Masing2 hadir hanya mengisi masa terluang dengan bersembang dan melayan keluarga setelah collect survenior dan sarapan pagi.Masing2 tak ambil port apa yang berlaku di atas pentas dan khemah VVIP.Mungkin ada beberapa perkara yang patut di perbaiki agar mutu event itu selari dengan nama "Titan & Honam Membangun Bersama dengan Semangat Baru"
TENGAHARI
Pada hari yang sama juga iaitu pada sebelah tengahari ahli2 Pearlmotoclub juga mengambil kesempatan dengan hadir pada majlis mengawan ahli kita iaitu Bro Zul K di Dewan Raya Taman Cempaka Kempas.
Majlis yang meriah dengan kehadiran sahabat handai & ahli keluarga walaupun pengantin agak risau kerana lambat untuk berarak dok tunggu pasukan kompang yag tak kunjung tiba.
Kami warga pearlmotoclub mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bro Zul K semoga rumahtangganya bahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat
*Maaf gambar tak berapa terang kerana masaalah teknikal..
Wassalam
Titan/Honam Family Day

"Kalau mcm ini lah punya event..baik gi Teluk Buih" ujar Bro Johar
Lepas b'fast apalagi bersandar mcm ulor bersidai...
Entah apa lah yang disembangkan
Masing2 buat hal sendiri...
Bro Badang Khai dengan wifenya yang cute
Pasangan yang tak lapuk dek hujan ni berkepit jer....
Bakal pengantin pada 19hb ni...darah manis tuuu...
Bro Zul TPP pun hadir juga
Bro Nazri bukan main manja lagi...
Baby sitter Bro Mahat datang dengan anak2nya..org rumah kerja daaa!!!
Bendahari kita Bro Gemok tak sabar nak dapat Lucky Draw
Perghhh!!!!Bro Rashdan semangat tu dengar Korean muzik..
Majlis Mengawan Zul K
Bro Mokhtar bersama isterinya yang dah berbadan dua..
Kehadiran ahli baru kita yang bersemangat Bro Dino dengan Honda Civic FD nya..
gambor ni saje jer snap nak bagi pak we Mek Nasibah angin hahaha!!!!mcm pinang dibelah kapak...
dok menanti ahli2 lain yang sesat....
apalagi yang best kalau bukan time makan...
perghhh!!!tadi kat Danga balun nasi lemak...ni balun nasi baryani lak..
ahli2 PMC sedang sibuk dengan acara makan timenya..
sedapnya...agaknya itu yang dicakap oleh anak dara aku...kot
Bro Azwan yang baru sebulan mendapat anak juga hadir pada majlis tersebut
Geng2 bujang Titan bersidai sambil mencuci mata
Ass kita bro Awie yang baru tiba setelah puas sesat sampai kemana2
Merah sangatlah mak ngah!!!pengantin berbaju merah dan muka merah dok tunggu kompang yg tak sampai2...sabar jelah broooo!!!

Monday, December 6, 2010

Hari Keluarga Pearlmotoclub Teluk Buih 2010

Salam,

Alhamdullilah,perancangan untuk mengadakan program Hari Keluarga Tahunan Pearlmotoclub buat kali ke-2 telah selamat disempurnakan dengan jayanya.Dengan kehadiran seramai 60org termasuk ahli keluarga ahli2 pearlmotoclub dan sebanyak 17buah kuda berkonvoi dari J.Bahru ke Mersing telah selamat sampai ke destinasinya.

Bersyukur juga acara sukaneka pada waktu petang telah berjaya diadakan walaupun ketibaan kami ke Teluk Buih di waktu tengahari disambut dengan hujan yang agak lebatnya.Acara makan malam juga tidak kurang hebatnya dengan alunan nyanyian ahli2 kelab yang dah lama tak mensumbangkan lagu serta diselangi dengan upacara penyampaian hadiah.

Keesokan harinya selepas breakfast masa yang terluang tidak dibiarkan kosong begitu sahaja.Acara permainan bola tampar dan berendam membuatkan suasana pada pagi itu ceria dengan gelak ketawa para peserta.Setelah bersiap untuk check out konvoi sempat singgah di tempat membuat keropok untuk membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang.
Konvoi pearlmotoclub juga sempat singgah di rumah pengantin salah seorang pekerja Titan iaitu Bro Didi pada petangnya sebelum menuju ke destinasi rumah masing2.

Saya sebagai wakil pihak penganjur Hari Keluarga Tahunan Pearlmotoclub 2010 mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas sokongan ahli2nya yang ingin menjadikan event tahunan kelab kesayangan berjaya dan suksess.Saya juga menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf sekiranya ada kecacatan semasa mengendalikan acara tahunan kita agar menjadi pedoman dimasa2 akan datang Insyallah....
Konvoi menunggu kuda2 lain mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan Event kali ini juga disertai oleh ramai muka2 baru

Berhenti rehat di bandar Mersing untuk melantak....hahahah!!!memang meriah
Begitu tersusun kuda2 pearlmotoclub seramai 17ekor mengambil tempat
Allhamdullilah matahari menjengokkan wajahnya pada petang hari.
Bukan main gembira lagi anak2 untuk memulakan acara sukaneka..
lari!!!!.......lari!!!......
Mak bapak juga tidak ketinggalan bersorak kepada anak masing2
Budak2 bujang juga begitu seronok membuat aksi lawak dan stunt dalam acara terompah gergasi hahaha!!!!!nak pecah perut aku...
Tu dia...strike!!!!......bowling bola kelapa juga menarik perhatian kaum bapa..
Tuuu dia aksi bendahari merangkap salah sorang organizer membuat balingan sulungnya
Acara baling belon air juga tak kurang meriahnya....gelak ketawa sehingga berguling2
Part ni lah yang buat anak2 tak nak naik...mandi kolam..
Amboi anak2 bujang pingitan menunjukkan aksi manja sambil berendam di laut..
Di sini juga kita boleh bermain kayak sampai muntah...
Acara makan malam dimulakan dengan ucapan alu2an dari pihak penganjur
Ucapan dari Founder mengalu2kan peserta serta berterima kasih atas sokongan dari semua pihak dan juga sumbangan dari beberapa penaja event kali ini.
Upacara penyampaian hadiah yang menggamatkan suasana
Bukan main senyum lagi anak2 menerima hadiah sukaneka
Bro Hassan tidak ketinggalan juga menang dalam beberapa acara yg dipertandingkan
Tahun ni Bro Johar mendapat tentangan dari ahli2 baru utk acara sukaneka
Sampai ketelinga senyum bro...
memang best....!!!!hidup PMC
Ruang makan yang luas dan selesa serta exclusive
Udang segar yang telah disediakan oleh pihak resort
Bro Azhari sempat juga buat part time bakar ayam..
Selepas breakfast layan bola tampar lak...
apalagi spike!!!!.....
Sebelum check out sempat berposing walaupun ada beberapa ahli terpaksa balik dahulu..
Tempat membuat keropok Hj Yusuf menjadi tumpuan kami
apalagi que...bayar
keropok lekor yang baru di rebus
Sempat singgah di Taman Daya utk jemputan mengawan
Walaupun pengantin bukan ahli PMC tetapi kami tetap meraikan dengan ikhlas dan meriah...itu sebablah pearlmotoclub selalu dicemburui..hehehehe...Insyaallah sekiranya kena pada harinya kami akan sampai tanpa memilih ahli atau tidak.