Tuesday, November 1, 2011

Pearlmotoclub 2nd Annual Gathering 2011 Pulau Tioman (part 2)

bersambung dari part 1

12.00tgh - Berehat dan lunch
2.00ptg - Berkumpul utk acara ronda2 di kampung2 berdekatan
3.00ptg - Singgah di kampung Tekek dan shopping di Free zone
4.00ptg - Singgah di Marine Park (taman Laut)
5.30 ptg - Bertolak balik ke Kg Genting
6.15 ptg - Acara Sukaneka
7.15mlm - Bersurai utk makan malam dan acara bebas

30hb Oktober

7.30pg - Breakfast dan acara bebas
10.30pg - Bersiap2 berkemas utk pulang
11.30pg - Check out dan menaiki feri
12.45tgh - sampai di Jeti mersing dan berkemas
1.30tgh - Berkumpul di medan selera mara Mersing utk makan tengahari
2.30ptg - Bertolak ke tempat membuat keropok utk membeli buah tangan
3.30ptg - Bertolak balik ke Pasir Gudang dan Johor Bahru

Jadi itu lah serba sedikit pengisian yg telah disusun dalam program tahunan kelab yang di sayangi ini..semoga dengan kerjasama dan sokongan semua ahli dapat menguatkan lagi serta mengukuhkan ikatan persahabatan di kalangan ahli dan keluarga masing2..semoga kita bersua lagi di program2 akan datang Insyallah.

Saya juga di sini mengambil kesempatan sebagai organizer memohon beribu kemaafan sekiranya semasa mengetuai event tahunan ni ada kesilapan dan kelemahan semasa mengendalikan atucara2 tersebut.Yang baik hanyalah dari Allah dan yang tak elok adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam
amboi bukan main mesera lagi bro nazri ehhh
satu..dua.. loncat!!!!!!
family bro kecik juga tak ketinggalan bermain air
family dari bro bujal yg sama2 terlibat
bersiap2 utk acara ronda2 menaiki bot
bro taki mengira bayaran yg dikenakan kpd peserta
beratur dan berhati2 menaiki bot
haaa!!!...separuh naik bot ni...separuh lagi tinggal!!!!...hahahaha gurau bro mahfiz
organizer memastikan semua dapat terlibat sama
ada yg gayat menaiki bot nelayan...hehehe..serammmm
happy semacam jer bot satu lagi ehhhh
bro johar walaupun pening2 mabuk laut tapi tak ketinggalan juga
bukan main happy lagi anak aku ehhh naik bot
antara anak2 pulau yang di lalui
setibanya di pekan Tekek utk ronda2
bershopping di pasaraya bebas cukai Kg Tekek
bro johar shopping utk anak2nya
bro zamri juga tidak ketinggalan membeli cenderahati
amboi akak2 ni shopping sakan nampak...penuh tangan
bro fahizal masih lagi berhonney moon sejak kawin lagi heheheh
singgah di marine park utk acara beri makan ikan dan ronda2
memberi makan ikan2 yg besar2 di bawah jeti
kalau rasa nak terjun pun boleh..asal ada alat snokerling dah boleh
tempat ber snokerling melihat ikan yg besar
berebut ikan2 bila makanan roti dicampakkan
beratur utk membeli roti ikan...
balik dari ronda2 acara tahunan dimulakan...sukaneka..terbaikkkk
jalan itik..cepatttttt....
amboi...bukan main laju lagi dia ehhh
bro mahfiz memberikan arahan utk acara sukaneka
family masing2 tidak ketinggalan memberikan sokonngan
cepatttt.....!!!!!lari!!!!!!
isi adik!!!!..isi!!!!!!jgn tumpah
acara dewasa yg mngundang gelak ketawa
lari mcm ketam hahahah!!!!!
acara bungkus mummy menarik perhatian
haaaa,,,dah siap kena loncat!!!!...loncat!!!!!
acara tahunan...yg dinanti2kan..baling belon air
sambut!!!!!...jgn sampai pecah!!!!!!
acara yg dinanti2kan oleh para2 ibu..acara tarik tali lwn laki masing2 hahaha
tarikkkk!!!!...tarik!!!!!!...tarikkkkk!!!!
keesokannya breakfast di warung berdekatan pekena nasi lemak pulau best...
dahhh...berkemas2 utk bergerak ke feri
feri yg sedang menanti kehadiran kami
bro mahfiz masih lagi menjalankan pemantauan terhadap peserta...
berkonvoi waktu pulang
berhenti makan di medan selera mara mersing dan ucapan dari pihak organizer
bergerak ke tempat membuat dan memperosess keropok dan pulang.....

Pearlmotoclub 2nd Annual Gathering 2011 Pulau Tioman (part 1)

Assalamualaikaum semua ahli2 pearlmotoclub..

Bersua kembali dgn posting yang sangat istimewa berkenaan event yang telah kita adakan buat julung2 kalinya di salah sebuah pulau yang tercantik di dunia iaitu Pulau Tioman.Segala perancangan dan persiapan selama beberapa bulan sebelumnya dan keadaan cuaca yang menyebelahi kami telah terjawab dengan keputusan yg amat berbaloi dan kepuasan yang terpancar di wajah setiap peserta.

Rata2 seperti tidak percaya berpeluang utk menjejakkan kaki di pulau Tioman dan menikmati panorama keindahan pulau tersebut.Masing2 melahirkan kesyukuran dan jutaan terimakasih kepada kelab pearlmotoclub dgn adanya program ini yang membolehkan mereka dapat bersama2 menikmati event yang telah kami rancangkan.Sekalung penghargaan kepada AJK (Bro Awie,Bro Taki,Bro Nazri,Bro Rashdan,Bro Johar,Bro Hassan,Bro Kecik) yang sama2 mengembeling tenaga utk menjayakan event ini.

Penyertaan seramai 77 org termasuk kanak2 bersama 18 buah kenderaan telah selamat mengikuti konvoi pergi dan balik dari Mersing.Di bawah ini saya akan kupaskan sedikit berkenaan aturcara yang telah kami susun semasa program tersebut dijalankan dan gambar2 yang dapat menceritakan seba sedikit suasana semasa di sana:-

28hb Oktober

8.30pg - Berkumpul dan Taklimat dari Bro Mahfiz
9.00pg - Konvoi bergerak ke Mersing
11.30pg - Bersiap2 utk boarding menaiki Feri Bluewater
12.00tgh - Feri berlepas ke Pulau Tioman
1.30tgh- Feri selamat tiba di Jeti Kg Genting Pulau Tioman
2.00ptg-Check in dan acara bebas
4.00ptg - Berkumpul utk membuat persiapan makan malam
8.30mlm - Berkumpul utk acara BBQ dan makan malam
8.45 mlm- Ucapan alu2an dari Bro Awie
8.50 mlm - Ucapan pengerusi kelab Pearlmotoclub Bro Mahfiz
9.00mlm - Jamuan makan malam
10.30mlm- Acara bebas

27hb Oktober

7.30pg - Breakfast
8.00pg - Acara snokerling dan acara bebas di pantai berdekatan

(bersambung di part 2)
acara mengaggihkan breakfast sementara menantikan peserta2 lain tiba
Sesi taklimat dari Bro Mahfiz
wajah2 peserta yg tidak sabar utk bergerak
peserta juga membawa keluarga masing2 utk percutian kali ini
konvoi mula bergerak ke destinasi
marshall sibuk menjalankan tugas memantau konvoi
selamat sampai di jeti penumpang mersing
berkumpul di jeti menantikan bro mahfiz menyelesaikan segala pembayaran dan tiket
sempat lagi akak ehhh posing
berpeluh2 bro mahfiz mengaggihkan bording pas serta tiket kepada peserta2
beratur menaiki feri
lorong khas hanya utk peserta2 dari kelab pearlmotoclub yang telah di sediakan
bukti yg usaha kita tidak sia2 merealisasikan impian peserta
waktu terluang di isi dengan perbincangan sesama ajk
peserta dari family Bro mahfiz betul2 enjoy mengikuti event kita
selamat sampai di jeti Kg Genting Pulau Tioman
acara memunggah barang2 oleh pekerja dari resort
pasangan pengantin yg ber honneymoon di sana
family bro bujal kelihatan gembira setibanya di jeti
keluarga bro aidil juga terlibat
bro awie pun berangkut juga
berehat menikmati panorama di tepi pantai...sungguh nyaman dan damai
menikmati suasana yg tiada bunyi hiruk pikuk seperti di bandar
BBQ dari air tangan peserta..sedap sehingga menjilat jari
inilah part yg best..dapat mengadun sendiri rencah bbq
bersama2 mmbakar supaya cepat siap utk melantak...hehehe
rata2 peserta spt tidak sabar utk makan malam
ucapan alu2an dari Bro awie memulakan majlis makan malam
ucapan dari Bro Mahfiz menceritakan serba sedikit berkenaan kelab pearlmotoclub
bro taki dan isteri juga membantu membakar...amboi rajinnya
sedap sungguh nasi lemak bersama ikan dan ayam bakar
last man yg makan ....setelah selesai membakar
keesokan harinya selepas b'fast..mandi laut...yeaaaa!!!!!
horayyyy!!!!!!...family bro mahfiz
bro hassan bersnokerling..mmg best katanya
bro rashdan berkayak bersama isteri tercinta
bro taki siap snap dalam air tuuuu...memang canggih
platform tempat snokerling bersama ikan2 dan karang2 yg cantik..
melepaskan lelah di pelantar
anak2 ikan dibawah platform
mcm2 adaaaa.....
himpunan coral dan batu karang
sungguh indah sekali
bro zamri happy dgn event kali ini
hai!!!..dah puas berkayak dia snokerling lak...
pasangan pengantin tidak ketinggalan bersnokerling

(bersambung di part 2)