Saturday, March 26, 2011

Menambat Tali Perahu Bro Hassan

Salam sejahtera,

Ibarat perpatah org2 tua mengatakan"Perahu ditambat dengan talinya,manusia dipegang dengan janjinya"..begitulah dengan majlis menambat tali perahu Bro Hassan yang baru2 ni dihadiri oleh ahli2 PMC.

"Perahu" yang yang dimaksudkan ialah ikatan tali pertunangan bersama bakal isterinya yang diadakan di Kg Desa Perwira Taman Molek.Dengan kehadiran sanak saudara serta diserikan dgn konvoi membawa barang hantaran mengiringi rombongan telah disambut oleh pihak perempuan dengan meriah..Ucapan terima kasih kepada ahli2 pearlmotoclub yang hadir dan memberi kerjasama dalam memeriahkan majlis tersebut dan tak lupa juga sekalung "Tahniah" utk Bro Hassan dengan ucapan semoga perahu yang ditambat tak akan terlepas hanyut disambar jerung2 yang berkeliaran di luar sana...deyyyy!!! apa benda aku merapu ni hehehe!!!!

Wassalam
time ni lah bro Hassan berpeluh2 kegelisahan menantikan kehadiran kami barang2 hantaran yang disediakan oleh pihak lelaki..
kuda2 pearlmotoclub telah di beri penghormatan mengiringi rombongan lelaki
konvoi ke rumah pihak perempuan telah mencuri tumpuan jiran tetangga
majlis yang ringkas tapi meriah pada hari tu..
kenderaan kami telah membuatkan ramai mata yang memandang
lebih2 lagi belang panglima garang bro Solehan hehehe
2 org bodyguard dari ahli kelab yang sentiasa memantau majlis tersebut...hehehe
mau juling mata aku tengok barang2 hantaran dari kedua2 belah pihak
nilah "perahu"yang kami maksudkan...jambuuuu!!!!hahaha,,,sori eh bro hassan
upacara menyarungkan cincin dijari manis bakal pengantin.
menu yg membuatkan kami tak sabor nak balun.(nasi ribut petir ngan kambing masak kurma)
acara bergambor setelah kekenyangan
bro zamri pun dah tak lama lagi...bila lagi brooo..
pasangan pengantin baru yg baru minggu lepas majlisnya-Bro Razmi BD bersama isteri tercinta-tu pehal si Hafizi bkn main sengih lagi...ohhh buah hatinya baru sampai rupanya..Honda Civic Fd
terima kasih bro..atas kerjasama korang...

Yang Di tunggu Telah Pun Tiba

Salam,

Punyalah suspen aku ingat sapelah yang kena langgor kat parking lot Titan...apa ke taknya..semua staff dari shift malam yang baru balik dari kerja berkerumun dan mata tertumpu kepada seekor kuda putih yg tak tahu dari mana asal gerangannya...

Laaaa...Honda Civic FD 2.0 Bro Hafizi rupanya yang berjaya mencuri tumpuan ramai pada pagi tuuu..Memang cun,anggun,mantap...sesiapa sahaja yang memandang memang teringin dan mengidam utk memilikinya.Tahniah..bro..sampai juga akhirnya hajat kau utk memilikinya setelah segala halangan dan rintangan dapat diatasi walaupun terpaksa menelan air liur dok bayar monthly nya yang memcecah 4 angka hehehe..Alhamdullilah...

Wassalam
Bro Hafizi menjadi kaunter pertanyaan pada pagi tu..
masing2 memberikan pendapat dan komen2 yg berbeza tentang performance jentera tersebut
tak kurang pula dapat rasa leather seatnya yg empuk...jadilah brooo
nampaknya nak kena tukar gak ni kuda founder ...sudah melawan tokey ni hahaha!!!!

Sunday, March 20, 2011

Majlis Mengawan Bro Razmi BD

Salam semua..

Setelah dicongak2 dan puas mensaiko ahli2 PMC maka event konvoi mengawan Bro Razmi BD telah selamat disempurnakan dengan jayanya..seramai 14 ekor kuda2 telah berjaya dijinakkan oleh kehadiran abg2 Marshall kita yang sopan dan ayu dgn berbekalkan lampu strobe light,beacon light dan juga walkie talkie membuatkan kuda2 gila diluar sana tak tahan sampai angin satu badan (stail lengok si Usop Hantu Kak Limah)...hahaha..

Jutaan terima kasih yang teramat sgt juga kepada semua ahli PMC yang menjayakan event kali ini dengan kesabaran yang tinggi (tunggu member2 yg lambat) dan diselitkan dengan aktiviti tracking bertemankan ungas2 dan monyet2 yang jinak hingga membuatkan tali perut rasa nak mengelodak...hahaha...
Ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU juga tak lupa diucapkan kepada pasangan mempelai semoga mahligai yang dibina akan kukuh hingga keakhir hayat...

Jom kita bakooo...jerrrr...bakoooo...bakoooo

Wassalam

1) Acara menaikkan angin satu badan...tunggu member2 yang belum sampai
2) Acara konvoi bersama abg Marshall yang meriah

3) Acara sambilan tracking mencari permata yg hilang hehehe....


4) Acara berarak tengok pengantin yg segak bersama pengapit yg sedondon...



5) Acara jamuan setelah puas mengutuk...



SELAMAT PENGANTIN BARU JUGA KEPADA PASANGAN BRO REDZUAN


6) Acara bebas sambil tunggu turn nak pukui gambar