Sunday, December 19, 2010

Musim Mengawan Tiba Lagi

Salam,

Setelah dibelek2 pelbagai kad jemputan mengawan di papan kenyataan dan menconggak2 hari kerja & off memanglah tak terlarat kami nak penuhi segala jemputan dari sahabat2 mahupun dari kalangan ahli pearlmotoclub atau tidak .Tapi dek tuntutan ukuah persahabatan dan demi mengeratkan silaturahim tanpa mengira ahli mahupun bukan ahli kami akan cuba sedaya upaya akan penuhi.Cuma kami berharap apa yang kami usahakan ini tidak dipandang rendah dan serong oleh org2 yang berada di luar lingkungan pearlmotoclub,kami amat2 mengalu2kan keahlian mereka mungkin ini akan memperbaiki lagi kelemahan yang ada dalam kelab kita ini.
Tanggal hari ni saje 2 jemputan telah kami penuhi berkebetulan lokasi kedua2 majlis tidaklah terlalu jauh antara satu sama lain.Walaupun ramai ahli pearlmotoclub yang tidak dapat hadir bersama2 meraikan majlis mengawan sahabat2 kita kerana tuntutan tugas dan hal2 yang tak dapat dielakkan namun jauh disudut hati,mereka tetap mendoakan kebahagiaan kedua pasangan mempelai sehingga keakhir hayatnya.
Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU


Wassalam


1) Majlis Mengawan Bro Shamsuhaili
bersembang sambil menantikan ahli2 lain
ni apa kes ni!!!...sampai 2 aweks dan 2 jejaka dok apit Founder
Bro Awie dengan askar2 wataniahnya..heheheh
Pasangan pengantin yang baru 2 minggu pun hadir sama...thanksss...
Bro Nazmi bersama anak2 didiknya....
bakal ??....tahun depan kot
perghhhh...sedara pengantin Bro anuar pun sibuk gak..
lagi sekali...apa hal niiii!!!!!sampai 2 aweks berebut nak bergambor ngan aku ni!!!!
ramai sahabat2 dari Titan hadir pada majlis tersebut
tuuuu dia..hang kebun kita hahaha...bro Shamsuhaili segak bergaya
ni dia pasangannya..tak sabar menanti suami coz kena block utk sesi bergambar..
2) Majlis Mengawan Bro Fahizal
perjalanan diteruskan menuju destinasi ke-2
perghhh!!!sejak dah berumahtangga semakin berselera dia ehhh...
cuba teka siapa ni!!!..ujar Bro acoi...
Founder lepak coz dari lepas kerja malam..
walaupun hari makin petang..tetamu masih lagi tak putus2 datang....
Bro jaiman pun ada gak...
entah apalah si tobeng dok komplen tu kat Bro Nazri
gambar yang akan menjadi kenangan mempelai

Saturday, December 11, 2010

Titan Family Day 2010 & Majlis Mengawan Bro Zul K

Salam,

PAGI

Tahun ini seperti tahun2 yang terdahulu majikan kita dahulu Titan dan yang terbaru iaitu Honam telah menganjurkan Hari Keluarga 2010 pada 11hb Dis di Danga Bay Johor Bahru .Acara yang agak hambar dengan masing2 buat hal sendiri telah mengurangkan lagi minat pekerja2 Titan untuk hadir dalam event tersebut pada tahun ini.

Masing2 hadir hanya mengisi masa terluang dengan bersembang dan melayan keluarga setelah collect survenior dan sarapan pagi.Masing2 tak ambil port apa yang berlaku di atas pentas dan khemah VVIP.Mungkin ada beberapa perkara yang patut di perbaiki agar mutu event itu selari dengan nama "Titan & Honam Membangun Bersama dengan Semangat Baru"
TENGAHARI
Pada hari yang sama juga iaitu pada sebelah tengahari ahli2 Pearlmotoclub juga mengambil kesempatan dengan hadir pada majlis mengawan ahli kita iaitu Bro Zul K di Dewan Raya Taman Cempaka Kempas.
Majlis yang meriah dengan kehadiran sahabat handai & ahli keluarga walaupun pengantin agak risau kerana lambat untuk berarak dok tunggu pasukan kompang yag tak kunjung tiba.
Kami warga pearlmotoclub mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bro Zul K semoga rumahtangganya bahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat
*Maaf gambar tak berapa terang kerana masaalah teknikal..
Wassalam
Titan/Honam Family Day

"Kalau mcm ini lah punya event..baik gi Teluk Buih" ujar Bro Johar
Lepas b'fast apalagi bersandar mcm ulor bersidai...
Entah apa lah yang disembangkan
Masing2 buat hal sendiri...
Bro Badang Khai dengan wifenya yang cute
Pasangan yang tak lapuk dek hujan ni berkepit jer....
Bakal pengantin pada 19hb ni...darah manis tuuu...
Bro Zul TPP pun hadir juga
Bro Nazri bukan main manja lagi...
Baby sitter Bro Mahat datang dengan anak2nya..org rumah kerja daaa!!!
Bendahari kita Bro Gemok tak sabar nak dapat Lucky Draw
Perghhh!!!!Bro Rashdan semangat tu dengar Korean muzik..
Majlis Mengawan Zul K
Bro Mokhtar bersama isterinya yang dah berbadan dua..
Kehadiran ahli baru kita yang bersemangat Bro Dino dengan Honda Civic FD nya..
gambor ni saje jer snap nak bagi pak we Mek Nasibah angin hahaha!!!!mcm pinang dibelah kapak...
dok menanti ahli2 lain yang sesat....
apalagi yang best kalau bukan time makan...
perghhh!!!tadi kat Danga balun nasi lemak...ni balun nasi baryani lak..
ahli2 PMC sedang sibuk dengan acara makan timenya..
sedapnya...agaknya itu yang dicakap oleh anak dara aku...kot
Bro Azwan yang baru sebulan mendapat anak juga hadir pada majlis tersebut
Geng2 bujang Titan bersidai sambil mencuci mata
Ass kita bro Awie yang baru tiba setelah puas sesat sampai kemana2
Merah sangatlah mak ngah!!!pengantin berbaju merah dan muka merah dok tunggu kompang yg tak sampai2...sabar jelah broooo!!!