Salam Ukuah,
Asyik bercerita pasal konvoi berkuda dan majlis mengawan PMC je..sesekali kita tukar angin baru best sikit,kali ni aku nak story tentang jemputan dari pihak MPPG bagi menyambut acara Majlis Pengisytiharan MPPG.
Acara yang telah aku hadiri ini adalah atas tiket sebagai ahli Pelayang Negeri Johor dan Ahli (JKKP)Jawatan Kuasa Penduduk Zon Nusa Damai.Acara sambutan yang sungguh meriah selama 12 hari bermula dari 24hb Jun sehingga 4hb Julai dengan pengisian pelbagai aktiviti2 yang telah disusun oleh pihak MPPG yang pada dahulunya dikenali sebagai PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dari Bukit Layang2 sehinggalah ke Menara Aqabah Pasir Gudang.
Kemuncak sambutan adalah Majlis Pengisytiharan Logo MPPG yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor iaitu Y.B Dato Haji Ghani Othman serta acara yang paling dinanti2kan serta mengujakan iaitu pertunjukan bunga api.
Semoga dengan paparan kisah kali ini akan menjadi info dan serba sikit dapat mengubat kerinduan sahabat2 kita yang berada di perantauan terhadap tanahair kita yang tercinta.
Wasalam
Tarikh- 26-27hb Jun 2010
Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang
mungkin ada yang kenal siapa sebelah aku ni..hehe..Inilah En Tarkiz Ruslan Ex-Manager O&D Titan suatu ketika dahulu..beliau juga minat main layang2 dan mewakili Pelayang Kuala Lumpur

Yang ni lak...rezeki aku..secara kebetulan terserempak masa dok bersidai layan anak dia main layang2..kalau yang kenal inilah En Mazlan Masod (Mamat Bundel) Ex-Titan Job 3 tahun 94-97

acara loli pop drop yang paling dinantikan oleh kanak2..

bersama ahli Pelayang Negeri Johor..dok berehat dari kepanasan mentari

tengok tu..pelbagai layang2 dari serata dunia

acara Rokaku Fight Challange yang menghiburkan

ni pelayang Jepun dok melayan anak aku buat layan2 Jepun guna surat kabor

macam2 ada......

layang2 burung dari Indonesia

layang2 dari Kemboja

Layang2 Rokaku dari Jepun

yang ni layang2 dari Korea

ni ikan Nemo tapi kat langit bukan kat dalam air

yang ni aku tak tahu dari mana...tergolek jer kat bawah

famili aku yang menemani aku semasa Festival...mau kopak duit aku dikerjakan...hahaha,apa taknya mcm2 gerai ada kat sana.
Tarikh-30hb Jun 2010
Majlis Kemuncak Pengisytiharan MPPG

entah masa bila anak aku snap gambor ni...aku kat dalam dok sibuk menyambut ketibaan Tan Sri Ali Hashim bos JCorp kat lobi Menara Aqabah

pas parking VIP yang membuatkan ramai yg menjeling kat PMC hehehe....

Bini aku pun ada kat sana dok bukak kaunter RHB Bank bagi yg berminat nak buat personal loan

Menara Aqabah yang telah siap sepenuhnya pada tahun ni tersergam menjadi mercu tanda P.Gudang

gambar ni aku snap dari khemah VIP-sunguh ramai manusia malam tu....apa taknya hiburan percuma

artis Jalil Hamid dan Ali Mamak pun ada utk menghiburkan pada malam tu..

barisan Ahli Jawatankuasa JKKP Zon Nusa Damai..sape yg paling comel..hehehe...

nyanyian lagu Negeri Johor & Negaraku dari koir MPPG utk acara pembukaan

Menteri Besar Johor bersama dif2 kehormat

kawasan parking depan kopi tiam Chamek Pusat Bandar penuh dgn lautan manusia

acara menandatangani plak MPPG oleh Menteri Besar sebagai rasmi penyerahan kuasa Kerajaan Negeri kepada MPPG

acara pertunjukan laser juga ada pada mlm tu..

ni lah part yang paling best...pertunjukan bunga api yang menelan belanja puluhan ribu

sunguh meriah dan exclusive,tembakan bunga api dari puncak menara MPPG

yang ni pulak tembakan bunga api dari bangunan bersebelahan
No comments:
Post a Comment