Salam ,
Bersua kembali dalam satu program Majlis Kenduri Aqiqah adik Mohamad Bin Mohd Nizam anaknda salah seorang ahli PMC iaitu Bro Nizam pada malam 17hb Jul baru2 ni.Majlis yang sederhana tapi meriah telah dihadiri oleh ramai saudara mara,sahabat handai dari jiran setempat dan juga rakan sekerja dari shift A,B,C & D dan ahli kelab PMC khususnya.
Program ini juga telah dimanafaatkan dengan pengisian tazkirah oleh Al-Fadzil Ustaz Md Esa Deraman telah menarik ramai hadirin mendengar serta mengambil pengajaran yang sangat berguna utk bekalan kita menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas undangan beliau semoga beliau sekeluarga di cucuri rahmat dan kesejahteraan dunia dan akhirat..InsyAllah..Amin

program tazkirah yang menarik para hadirin utk mendengarnya

tajuk cara mendidik anak sangat menyentuh perasaan

Rasa tak puas mendengar Ustaz Md Esa memberi ceramah

sempat berposing sebelum berjamu selera

time melantak hahaha....

apa jer lah si Haron ni.....time makan pun nak peace hahaha....

Nampak tak Bro Lani dok ngan dif2 kehormat

best gak makan pakai dulang..macam suasana maulud nabi tuuuu

kaum ibu juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis beliau

inilah putera Bro Nizam iaitu adik Mohamad semoga beliau menjadi anak yang soleh

dah kenyang apalagi mulalah nak enterprame hehehe!!...kelihatan org kuat Team D iaitu Bro Rosmaini

Bendahari PMC iaitu Bro Azhari kelihatan membulat perutnya

candid yang sempat aku snap...kelihatan Bro Khai bergurau manja dgn org rumahnya

sebelum balik sempat berposing bersama "bonjrot"(ole2,buah tangan) masing2
No comments:
Post a Comment