Bersua kembali dalam posting kali ini walupun kesibukkan kerja ditengah2 schedule Major Turnaround 2011 yang masih berjalan sekarang ini.Majlis mengawan Bro Zamri yang diadakan pada 9hb Julai bertempat di Dewan Perumahan TNB Kempas telah selamat kami hadiri walaupun ada diantara ahli yang sedang sibuk bertugas dan komitmen keluarga masing2.
Jutaan Terima Kasih kepada ahli2 PMC (Bro Taki,Bro Johar,Bro Gemok,Bro Mahat,Bro Nazri,Bro Haron,Bro Samadi,Bro Goku,Bro Razmi,Bro Hassan,Bro Reduan dan aku sendiri) kerana dapat meluangkan sedikit masa menghadiri majlis sahabat kita yang bersejarah ini.
Ucapan Selamat Pengantin Baru juga tak lupa kami tujukan kepada pasangan mempelai semoga rumahtangga yang diimpikan telah selamat direalisasikan dengan penuh kebahgian yang berkekalan hingga keakhir hayat.
Wassalam

No comments:
Post a Comment