Bagai dirancang2 pulok berkebetulan dengan tarikh Majlis Mengawan Bro Redzuan yang jatuh pada 11hb Jun 2011 sama dengan tarikh pembukaan Highway yang menghubungkan Pasir Gudang,Senai dengan Desaru.Jadi setelah sekian lama projek yang menelan belanja berjuta2 ringgit telah siap dibina akhirnya setelah pelbagai masaalah dalaman dapat diatasi..tapi yang nyata sebenarnya pada pandangan peribadi aku hanyalah "Indah Khabar Dari Rupa"..apa ke taknya..namanya highway tapi dah mcm jalan persekutuan..ada ke jalan 2 lane dinamakan highway...pelik tapi benar.
Berbalik pada kisah majlis mengawan bro redzuan pulak,seramai 12 ekor kuda telah meredah lebuhraya baru dan selamat menunaikan hajat tuan rumah.Terima kasih kepada ahli2 yang menjayakan konvoi kali ini (Bro Nizam,Bro Taki,Bro Lani,Bro zamri,Bro Kecik,Bro Karim,Bro Harun,Bro Bujal,Bro Ibrahim,Bro John,Bro Wafad dan aku sendiri).Majlis beliau yang sederhana tapi meriah dengan kunjungan jiran dan sanak saudara meraikan mempelai yang sedondon mengenakan busana pengantin berwarna hijau.
Alhamdullilah,kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dengan rasa bersyukur kerana segala rintangan,dugaan dan musibbah yang beliau hadapi sebelum majlis beliau telah dapat diatasi dengan sabarnya.
Wassalam
No comments:
Post a Comment