Salam,
Syukur Alhamdullilah segalanya telah selamat berjalan dengan lancarnya.Kehadiran ahli2 pearlmotoclub yang bersilih ganti selama 3 hari sama2 telah membantu dalam jualan amal mengutip dana bantuan untuk Warga Emas Nur Ehsan Kempas di Karnival Mahabbah IKIM FM yang diadakan di Kompleks Sukan Nusa Mutiara Bandar Baru Dato Onn.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli2 yang hadir iaitu Bro Awie & isteri,Bro Taki & isteri,Bro Joaranand,Bro Azwan & isteri dan Bro Goku & adiknya kerana sanggup berpanas terik demi niat yang ikhlas membantu menjual barang2 dari Rumah Warga Emas tersebut.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan keikhlasan anda semua.Kepada yang tidak dapat hadir insyallah mungkin ada peluang di lain program.
Wassalam

pintu masuk ke tapak karnival

aku pun tak tahu siaran IKIM ni...mungkin ramai yang tahu

pertandingan mewarna dan bergambar bersama Upin & Ipin yang menarik perhatian ramai kanak2

konvoi bermotosikal berkuasa besar juga ada pada hari terakhir

barisan motosikal yang menjadi idaman setiap mata yang memandang

kehadiran pengunjung yang tidak putus memeriahkan lagi karnival tersebut

walaupun panas terik,itu tidak mematahkan usaha kami

inilah gerai yang menjadi lokasi jualan amal tersebut

kelihatan isteri Bro Azwan melayan pelanggan yg hadir pada hari ke-2 Karnival

Apa lah yang di katakan oleh Bro Azwan kepada pengunjung agaknya

sempat bergurau si Goku ni

Terima kasih kepada Bro Azwan dan isterinya

kelihatan bro Taki membantu menjual mug yang tertera nama Pusat Jagaan Nur Ehsan pada hari ke-3 karnival

itu dia!!! Bro Awie mengalu2kan pengunjung ke gerai

Bro Joaranand juga tak ketinggalan membantu

segala kutipan jualan akan dimasukkan kedalam tabung yang telah disediakan.Thanks Bro..
No comments:
Post a Comment