Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun tertubuhnya Pearlmotoclub yang pada dahulunya hanyalah sebuah kelab kecil yang hanya berkisar kepada tak lebih 20org ahli sahaja.Alhamdullilah berkat kesabaran dalam meredah onak ranjau maka sekarang Pearlmotoclub boleh berbangga dengan keahliannya yang semakin meningkat serta aktiviti-aktivitinya yang mantap.
Dari itu bersempena dengan Ulangtahun Pearlmotoclub yang bakal tiba tak lama lagi di sini saya sebagai Founder/Leader mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli2 Pearlmotoclub kerana tanpa sokongan padu kamu semua kelab ini tidak akan berdiri kukuh & megah setanding dengan kelab2 yang ada di luar sana..
Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini saya dengan rasa rendah diri ingin menghulurkan beribu kemaafan sekiranya dalam penglibatan saya sebagai Leader dalam kelab ini ada mengundang resah di kalangan ahli atau bukan ahli.Insyaallah kita akan terus memperbaiki kelemahan dan berusaha akan terus maju.
Di bawah ni beberapa keping gambar yang telah kita kumpulkan menunjukkan bahawa kita tak tandus dengan aktiviti2 tak kiralah amal dan riadah semoga paparan ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat PEARLMOTOCLUB
Wassalam
AKTIVITI PEARLMOTOCLUB
RIADAH & AMAL








Tarikh : 7hb Mac 2010 - Jemputan Autoshow di IOI Mall Kulai dan Majalah Gila Kereta

Tarikh : 31hb Mac 2010 - TT di Bandar Baru Nusa Jaya Gelang Patah





KONVOI MAJLIS MENGAWAN







NEXT EVENT
Tarikh : 30hb Ogos 2010 - Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Berkat
(Meet Point :Parking Awan di hadapan Kompleks The Zone Stulang
Masa :6.00ptg
Pakaian :Baju Melayu/Bersongkok-Lelaki & Baju kurung/tudung- Wanita)
Tarikh : 10hb Okt 2010 - Majlis mengawan Bro Zalmazizi di Muar Johor
Tarikh : 10hb Okt 2010 - Majlis mengawan Bro Zalmazizi di Muar Johor
Bergantung kepada keadaan semasa
Tarikh : 4&5 Dec 201 - PEARLMOTOCLUB GATHERING DAY
TELUK BUIH AIR PAPAN MERSING
JADI JANGAN BERFIKIR2 LAGI BRO…UNTUK MENJADI AHLI PEARLMOTOCLUB.
BERSAMA-SAMA KITA MEMBANGUN DEMI KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN KITA BERSAMA
Tarikh : 4&5 Dec 201 - PEARLMOTOCLUB GATHERING DAY
TELUK BUIH AIR PAPAN MERSING
JADI JANGAN BERFIKIR2 LAGI BRO…UNTUK MENJADI AHLI PEARLMOTOCLUB.
BERSAMA-SAMA KITA MEMBANGUN DEMI KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN KITA BERSAMA
No comments:
Post a Comment